Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.de.ka.ti] | مندکتي

Definisi : 1. pergi (datang) dekat kpd, menghampiri (sesuatu atau seseorang), merapati, datang berdekatan dgn: saya ~ peti radio dan kemudian menutupnya; 2. hampir tiba pd (masanya dll), menuju ke (waktunya): setiap saat yg berlalu bererti peperiksaan ~ masanya; 3. (hendak) berbaik-baik, ber-hubungan erat dgn: Amerika Syarikat dan Rusia sama-sama berlumba utk ~ negara-negara yg baru muncul; 4. hampir mencapai (bkn umur dll): usianya sudah ~ empat puluh tahun; 5. mengambil langkah dsb utk me­laksanakan tugas dsb atau mengatasi masalah: ada beberapa cara kita boleh ~ masalah itu; 6. seakan-akan, hampir menyerupai (menyamai): gambaran yg ~ kenyataan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.de.ka.ti] | مندکتي

Definisi : 1 datang atau pergi dekat dgn; menghampiri; merapati: Saya ~ polis itu lalu bertanya. 2 hampir tiba masanya: Orang tua itu, makin hari makin ~ hari matinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendekati

Peribahasa

Tersendeng-sendeng bagai sepat di bawah mengkuang.

Bermaksud :

Orang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia. tersendeng = tersenget-senget.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Mendekati suatu subuh yang beningKarya BestariTiada1984 
Mendekati sejarah undang-undang di Malaysia dan SingapuraDewan Bahasa dan PustakaTiada1995983-62-4645-2
Mendekati Hikayat Malim DemanKarya BestariTiada1984 
Mendekati Kesusasteraan MelayuDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2009 
Mendekati sejarah undang-undang di Malaysia dan SingapuraDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2009978-983-62-4645-5
Mendekati Sains: Mengira Biri-Biri: Mengapakah Kita Tidur?Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2004983-62-8113-4
Mendekati puisi tradisional MelayuPenerbitan Profesional BaharuTiada2006983-3711-01-4
Mendekati Seni Penulisan KreatifCitra Kurnia EnterpriseTiada2008978-983-43283-9-9
Mendekati KesusasteraanDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1979 
Mendekati DramaSarjanaTiada1985[t.m.]
123

Kembali ke atas