Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.mui]/[me.ne.mu.i] | منموءي

Definisi : mendapati, menjumpai: di seluruh halamanku, tidak kutemukan sekuntum mawar pun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.mui]/[me.ne.mu.i] | منموءي

Definisi : 1. bertemu dgn, berjumpa dgn: orang-orang yg saya temui semua peramah; 2. pergi bertemu dgn, mengunjungi, men­ziarahi, melawat: aku pergi ~ seorang guru pelatih; 3. = menemukan berjumpa dgn apa yg dicari dll, mendapat, mendapati: polis kemudiannya telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut; 4. = menemukan mengalami (kesulitan dll), menderita, merasai: perasaannya masih ter­lalu polos dan kurang mengerti akan ke­mung­kinan halangan-halangan yg ditemui orang lain; 5. mengetahui bahawa ada (apa yg tersembunyi dll), mengetahui ada, mendapati: kalau dibandingkan Tuhfat-al-Nafis dgn syair Acheh, kita dapat ~ kesamaan tertentu, misalnya mengenai peristiwa kematian Raja Haji; 6. bertemu menjadi satu (bersentuhan dll), menghubungi; 7. ark memenuhi (undangan dll), menepati: ia tidak pernah ~ janjinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.mui]/[me.ne.mu.i] | منموءي

Definisi : 1 (dpt) bertemu dgn; (dpt) berjumpa atau bersua dgn: Dia masih belum juga ~ orang yg dicari-carinya. 2 pergi berjumpa dgn; menziarahi; melawati: Dia pulang ke kampung ~ kaum keluarganya. ~ ajal meninggal dunia; mati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
temu
Kata Terbitan : bertemu, menemui, menemukan, mempertemukan, pertemuan, penemuan, penemu,

Puisi
 

Air pasang surut ke hulu,
     Menemui baung mati terlentang;
Sudah dibawa buah mengkudu,
     Si baju gadung kuikut pulang.


Lihat selanjutnya...(2)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Menemui MantarissaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2009978-983-46-0209-3
Menemui modeniti 40 tahun Angkatan Pelukis Se MalaysiaBalai Seni Lukis NegaraTiada  
Kunjungan Mr. Tahir Sak & Achmat Davis dari Afrika Selatan menemuiDewan Bahasa dan PustakaTiada  

Kembali ke atas