Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.rang] | مڠارڠ

Definisi : 1. menyusun dsb (bunga, per­mata, manik, dll) hingga kelihatan menarik, menggubah: puteri itu memetik bunga dan ~ kuntum; sebentuk cincin intan dikarang; ~ telur bertelur, mengandungi telur; 2. mereka atau menulis (cerita, cerpen, novel, dll), men­cipta (sajak dll), menggubah (lagu): tuan itulah yg ~ kitab loghat bahasa Melayu; ~ novel dan cerpen; 3. mengadakan, mereka-reka: kalau sudah kehabisan bahan, mereka gemar pula ~ berita yg bukan-bukan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.rang] | مڠارڠ

Definisi : menjadi arang, menjadi hitam spt arang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.rang] | مڠارڠ

Definisi : 1 mencucuk manik atau menggubah bunga dll; mengikat permata dll. 2 membuat atau menulis cerita (novel, sajak dll): Beliau banyak ~ cerpen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
karang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tulis: catat, coret, reka, cipta, sunting, nukil,

2. Bersinonim dengan gubah: susun, cucuk, atur,

Kata Terbitan : mengarang, terkarang, karangan, pengarang,

Puisi
 

Apa guna mengarang bunga,
     Kalau tidak selah-jemelah;
Kalau kering Lautan China,
     Barulah cinta adik berubah.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bagai ayam mengeram telur.

Bermaksud :

Peri keelokan, merah muka seseorang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ayam mengarang telur).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Mengarang membaca dan membinaDewan Bahasa dan PustakaTiada1974 
Mengarang kitab-kitab dalam bahasa Melayu Tiada2007 
Mengarang syair untuk remajaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2013978-983-46-0848-4
Mengarang, membaca dan membinaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1980 
Mengarang novel itu gampang Tiada1983 
Mengarang sebagai satu kemahiran bahasaSarjanaTiada1986967-949-027-0
Mengarang, membaca dan membina Tiada1974 
Mengarang, membaca dan membinaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1981 
Ilmu mengarang MelayuPejabat Karang Mengarang Jabatan Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu...Tiada1952 
Ilmu mengarang MelayuPejabat Karang Mengarang Jabatan Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu...Tiada1952 
12345678910...

Kembali ke atas