Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.sil.kan] | مڠحاصيلکن

Definisi : 1. mendatangkan (menge­luar­­kan, memberikan) hasil: Asia Tenggara ~ bijih timah yg banyak sekali di dunia; 2. mencipta (sesuatu): bagi ~ bunyi sesuatu jirim itu mestilah bergetar; ia seorang pengarang yg ~ lebih drpd 20 buah cerita pendek; 3. mengakibatkan; 4. menyebabkan (berhasil), membuahkan: pertemuan mereka yg per­tama itu telah ~ rasa cinta di dalam sanubari masing-masing; ketekunanlah yg telah ~ usahanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ha.sil.kan] | مڠحاصيلکن

Definisi : 1 mendatangkan hasil; mengeluarkan hasil: Australia ~ kira-kira satu pertiga drpd jumlah eksport bulu biri-biri di dunia. 2 mencipta sesuatu: Beliau telah ~ lebih drpd dua puluh buah cerita pendek. 3 mendatangkan sesuatu kebaikan dll; membuahkan: Perkenalan itu telah ~ satu perhubungan yg mesra. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hasil (kata nama)
1. Rujuk dapat pendapatan

2. Rujuk panen

3. Bersinonim dengan keputusan: jawapan, penyelesaian, kesudahan,

4. Bersinonim dengan akibat: kesan, padah, reaksi, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berhasil, menghasilkan, keberhasilan, penghasilan, penghasil,

Peribahasa

Kecil umpan besar ikan.

Bermaksud :

Dengan usaha yang sedikit dapat menghasilkan pekerjaan yang besar.

 

Lihat selanjutnya...(2)

65

Make bricks without straw

Mustahil untuk menghasilkan sesuatu dengan sempurna jika tiada bahan atau sumber yang sepatutnya.

Seperti hendak menepung tiada berberas

We wanted to shoot the scene in a big mansion that depicted the colonial era, but we were not being given the right props such as old furniture to recreate the air of the past. How could we ever produce a good film? This is a case of make bricks without

Kita hendak merakamkan satu babak di dalam sebuah rumah agam yang menggambarkan zaman penjajah tetapi kami tidak dibekalkan alatan yang sesuai seperti perabot lama untuk menghidupkan kembali suasana zaman silam itu. Bagaimanakah dapat kami hasilkan filem yang baik? Inilah yang dikatakan seperti hendak menepung tiada berberas.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Menghasilkan Pekerja CemerlangPenerbit Universiti Putra MalaysiaTiada2011978-967-344-245-4
Menghasilkan benih integriti dari akar hingga buahnyaInstitut Integriti MalaysiaTiada  
Kuasai cara menghasilkan iklan hebatInstitut Terjemahan Negara Malaysia BerhadTiada2011978-983-068-669-1
Menguasai Kemahiran Menghasilkan Foto Yang MenarikS.A. Abdul Majeed & Co.Tiada 978-967-322-060-1
Wacana Ke Arah Menghasilkan Buku Terlaris Di MalaysiaPusat Dokumentasi MelayuTiada2003 
Wacana ke arah menghasilkan buku terlaris di MalaysiaDewan Bahasa dan PustakaTiada2003 
Dari akar hingga buahnya : menghasilkan benih integritiInstitut Integriti MalaysiaTiada2006 
Sehari Bersama Penerbit Ke-5: Wacana Ke Arah Menghasilkan Buku Terlaris di MalaysiaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2003 

Kembali ke atas