Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngun.tum] | مڠونتوم

Definisi : 1. sbg kuntum, mulai berkem­bang (menjelma), menjadi kuntum; 2. ark berkuntum di: ~ dahan berkuntum di dahan; 3. ki mula tersenyum: senyuman di bibir Teh Junus ~ melambangkan tidak ada apa-apa yg dia tahu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngun.tum] | مڠونتوم

Definisi : menjadi kuntum atau sbg kuntum (mula berkembang). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuntum1 (kata nama)
1. Dalam konteks bunga
bersinonim dengan kudup, kudu,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan gadis sunti

Kata Terbitan : menguntum, menguntumkan,


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Kumpulan Cerpen Remaja: Harapan Menguntum di Long BemangDewan Bahasa dan PustakaTiada2016978-983-49-0014-4

Kembali ke atas