Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyam.but] | مڽمبوت

Definisi : 1. menerima (menangkap dll) dgn tangan: maka surat itu disambut oleh bentara, dan dipersembahkannya kpd Sultan Pahang; saya menghulurkan tangan kepadanya dan disambutnya; 2. menerima (perkhabaran, cadangan, dll), memberi (me-nunjukkan) reaksi kpd: ibu ~ berita itu dgn menghamburkan air mata; ini dilakukan sbg ~ cadangan Angkatan Sasterawan 50; 3. = menyambuti sl menerima kedatangan orang, mengalu-alukan (tetamu dll), me-nyongsong: maka pergilah segala bentara dan biduanda ~ orang dua belas itu; 4. menjawab (percakapan dll), menyampuk: Wan Derus ~ cakap isterinya; 5. menjawab (cabaran, tentangan, dll), melawan (serangan, kecaman, dll): ia ~ cabaran itu; 6. meneruskan (giliran), melanjutkan (kerja yg berganti-ganti): dua orang polis khas datang dgn senapang bercekah ~ giliran mereka bertugas malam itu; 7. membeli dgn membayar beransur-ansur: dia dapat ~ dulu barang di kedai Malabari itu; ~ baik menerima baik, berkenan, ber-setuju: jurubicara konsulat Filipina di Kuala Lumpur hari ini ~ baik langkah Malaysia itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyam.but] | مڽمبوت

Definisi : 1 menerima apa-apa yg diberikan dgn tangan: Dia ~ hadiah itu dgn tertib. 2 menadah atau menangkap apa-apa yg jatuh atau yg dilemparkan: Dia ~ bola itu dgn tenang lalu menyepaknya ke tengah padang. 3 menerima kedatangan pelawat atau tetamu; mengalu-alukan kedatangan orang: Beberapa orang pegawai kanan kerajaan telah pergi ~ kepulangan baginda di lapangan terbang. 4 memberi balasan kpd sesuatu hal (menerima cabaran orang dll): Rakyat telah ~ baik Rancangan Malaysia Kelima. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kacang kelisa tumbuh di dusun,
     Tumbuh sepohon di tiang layang;
Kami menyambut bersusun-susun,
     Kerana meraikan pengantin datang.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Makan nasi suap-suapan,
     tetapi menyambut puan kosong.

Bermaksud :

Kahwin menurut adat perkahwinan biasa tetapi kemudian ternyata perempuan itu sudah bukan anak perawan lagi.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Menyambut kelahiran anak Tiada1994983-9792-80-6
Menyambut kongres ke-13 partai rakyat Malaya 15hb -17 hb April 1968 Tiada1968 
Menyambut tahun baru 91Dewan Bahasa dan PustakaTiada1990 
Menyambut hari lahir TKPDewan Bahasa dan PustakaTiada1994 
Menyambut tahun baru 1991Dewan Bahasa dan PustakaTiada1990 
Menyambut Ketibaan Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka ( Datuk Johan Jaafar )Pusat Dokumentasi MelayuTiada2006 
Menyambut kedatangan bayiSyarikat S. Abdul MajeedTiada199198396290206
Menyambut Malaya merdeka Tiada1957 
Menyambut Tengku Abdul Rahman balik dari London dan pengumum merdekaDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Perayaan menyambut ulang tahun hari keputeraan dan Jubli Perak pemerintahan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra Tahun 2004Kerajaan NegeriTiada2004 
1234

Kembali ke atas