Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyong.song] | مڽوڠسوڠ

Definisi : 1. menempuh sesuatu yg ber­tentangan arahnya (ketika belayar menen­tang arus air dll): pelayarannya tiada berapa laju sebab ~ angin barat; menyeberang lautan ~ gelombang; 2. menyambut ke­datangan orang (tetamu dll), mengalu-alukan: budak-budak berkejaran ke pintu jalan ~ bapanya balik dr kerja; 3. melawan (utk membasmi), menentang; 4. menyambut (hari jadi, hari raya, dll) dgn perayaan; 5. mem­bayar ganti rugi, menyilih; 6. memenuhi (harapan dll); 7. mengembalikan wang yg berlebih; 8. pergi (ke), datang: tak malukah abang ~ ke tempat yg lengang sepi ini? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyong.song] | مڽوڠسوڠ

Definisi : 1 maju menghadapi atau menempuh sesuatu yg bertentangan arahnya: Be­layar ~ angin. 2 menyambut ke­datangan orang; mengalu-alukan: Ba­nyak pegawai kerajaan yg pergi ~ kepulangan baginda di lapangan terbang. 3 mengembalikan wang yg berlebih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
songsong
Kata Terbitan : bersongsong, menyongsong,

Puisi
 

Tuan belayar menyongsong arus,
     Dapat bunga tiga sekaki;
Kalau tak dapat perempuan kurus,
     Tidak puas rasanya hati.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Bagai kuau mengigal (= menyesar).

Bermaksud :

Kehebatan rupa seseorang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai kucing main daun, b. Bagai tupai bergelut, c. Seperti elang menyongsong angin). kuau = sejenis burung; menyesar = menguak.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Menyongsong pelangiAsas 50Tiada2005981-05-4274-7
Menyongsong BadaiPustaka JayaTiada1982 
Angin menyongsong pulangTeks Publishing Sdn. Bhd.Tiada1988967946198X
Tamadun Melayu menyongsong abad kedua puluh satuUKM BangiTiada2001967-942-379-4
Proses pembangunan desa: menyongsong tahun 2000 Tiada1988 
Cabaran dunia pengurusan: wacana pengurusan menyongsong abad ke-21HizbiTiada2001 
Bahasa dan Pemikiran Melayu/Indonesia Menyongsong 2025Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2007983-62-9308-6
Bahasa dan pemikiran Melayu/ Indonesia menyongsong 2025Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2007983-62-9308-6
Bahasa dan pemikiran Melayu / Indonesia menyongsong 2025Dewan Bahasa dan PustakaTiada20079836293086
Kedurjanaan siber: ilusi dan realiti dalam menyongsong kehidupan masa hadapanUtusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Tiada2004967-61-1513-4
12

Kembali ke atas