[me.te.rai] | متراي
Definisi : lambang rasmi sesebuah organisasi yg dilekatkan pd dokumen, sijil, dsb sbg tanda keabsahan atau ketulenannya, cap mohor (utk raja-raja), segel, tera; ~ tempel Id cap yg ditampalkan sbg tanda penerimaan wang; ~ upah Id cap sbg tanda pembayaran (upah dll); memeterai membubuh meterai pd (sesuatu), mengecap; termeterai 1. tertera, tercap, tersegel; 2. ki tersimpul, terikat; ~ dlm hati terasa dlm hati; pemeteraian proses memeterai: perun-dingan EAEC yg dianjurkan oleh Malaysia sbg projek bersama dan ~ tiga dokumen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.te.rai] | متراي
Definisi : cap tanda utk badan perniagaan; cap mohor utk raja-raja; cap yg diterakan pd surat-surat penting. memeterai membubuh meterai; mengecap. termeterai tercap; tercetak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)