Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mis.kin] | ميسکين

Definisi : tidak berharta benda, serba kekurangan (dlm barang-barang keperluan hidup), me­larat, papa; ~ papa terlalu miskin; rumah ~ rumah tempat orang-orang miskin dijaga; biar ~ asal cerdik terlawan juga orang kaya prb kebijaksanaan itu lebih juga drpd kekayaan; memiskinkan menjadikan miskin; kemiskinan perihal miskin, kekurangan, kepapaan: bukan sedikit jumlah perempuan yg terjerumus ke liang kesengsaraan itu lantaran ~; pemiskinan perihal, perbuatan atau tin­dakan memiskinkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mis.kin] | ميسکين

Definisi : serba kekurangan barang-barang keperluan hidup; tidak berharta: ~ papa terlalu miskin. memiskinkan menjadikan miskin. kemiskinan keadaan miskin; kepapaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Anak Cina berbaju satin,
     Sudah satin jarang pula;
Hina saya kerana miskin,
     Sudah miskin dagang pula.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Yang ombak itu ombak juga,
     yang air itu air juga.

Bermaksud :

Orang kaya itu kaya juga dengan kikir dan tamaknya; orang miskin itu miskin juga dengan melarat dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(89)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Nelayan miskinPenerbitan Pustaka AntaraTiada1979 
Anak miskin tinggal di istanaPenerbitan Pena Sdn. Bhd.Tiada  
Budak miskin hidup bahagiaSaudara Sinaran BerhadTiada[t.thn.] 
Si miskin membuat jasa Tiada1941 
Si Miskin: a structural studyPenerbit Universiti Kebangsaan MalaysiaTiada1983967-942-012-4
Si Miskin : a structural studyUKM BangiTiada19839679420124
Si Miskin dan Puteri RajaHasrat PelajarTiada1976 
Mak MiskinPusat Dokumentasi MelayuTiada1969 
Yang miskin dan yang mewahPustaka Melayu Baru Sdn. Bhd.Tiada1966 
Seri MiskinPusat Dokumentasi MelayuTiada1966 
12345

Kembali ke atas