Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.lia] | موليا

Definisi : 1. tinggi (kedudukan, pangkat, martabat, dsb), luhur, terhormat, tertinggi; yg maha ~ panggilan utk sultan dan raja yg memerintah; yg teramat ~ panggilan utk raja muda (bakal raja); yg amat ~ panggilan utk anak-anak raja (keluarga diraja yg dekat-dekat); yg ~ panggilan utk orang baik-baik; ~ raya yg besar lagi dihormati; 2. tinggi mutunya, berharga (barang, logam, dll); logam ~ emas dan perak; memuliakan 1. menjadikan mulia: firman Tuhan lagi, “Dan sesungguhnya Kami telah ~ bani Adam”; 2. menjunjung tinggi, meng­hormati; ~ janji menepati janji; mempermulia 1. menjadikan lebih mulia; 2. sl (sangat) menghormati: hatta Raja Rekan pun datang mengadap ke Melaka, sangat dipermulia oleh Sultan Muhammad; kemuliaan perihal mulia, kebesaran, kehor­matan, keluhuran: kehidupan raja, ~ dan kebesarannya sering dikaitkan dgn peristiwa sejarah bangsa Melayu; pemuliaan perihal (perbuatan) memuliakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.lia] | موليا

Definisi : 1 tinggi kedudukan, pangkat dll; terhormat: Yang Maha ~. 2 tinggi mutunya; berharga: logam ~ emas dan perak. memuliakan 1 menjadikan mulia. 2 menjunjung tinggi; sangat menghormati: ~ suruhan Tuhan menjunjung tinggi perintah Tuhan. ~ janji menepati janji. mempermulia menjadikan lebih mulia. kemuliaan keadaan mulia; kebesaran; kehormatan. pemuliaan perihal atau perbuatan memuliakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mulia (adjektif)
Bersinonim dengan luhur, tertinggi, terhormat, murni, suci, kudus, bersih, agung, utama, syahdu, sani;,
Kata Terbitan : memuliakan, kemuliaan, pemuliaan,

Puisi
 

Hormat dulu diri sendiri,
     Itulah tanda orang yang mulia;
Jangan dikejar gunung yang berlari,
     Hilang kabus nampaklah dia.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Hitam-hitam gajah,
     putih-putih udang kepai.

Bermaksud :

Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan.

 

Lihat selanjutnya...(26)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Kemahkotaan ke bawah duli yang maha mulia Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan yang maha mulia Sultanah Aminah binte AhmadRoyal PressTiada1973 
Puteri MuliaHasrat PelajarTiada1977 
Akhlak mulia = good habit 4Al-Hilal PublishingTiada2000983-2151-29-5
Akhlak mulia = good habit 1Al-Hilal PublishingTiada2000983-2151-30-9
Akhlak mulia 3Al-Hilal PublishingTiada2000983-2151-31-7
Kerjaya mulia nama jadi sanjungan Tiada2010978-967-5573-21-7
Akhlak mulia 2Al-Hilal PublishingTiada2000983-2151-32-5
Bacaan MuliaPenerbit DjambatanTiada1978Tiada maklumat
Ukuran Hati MuliaPustaka Sistem PelajaranTiada1979 
Wacana Kebangsaan Mulia Bangsa Tinggi BahasaDewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara24 March 20122012 
1234567

Kembali ke atas