Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ajaran, petunjuk yg baik, peringatan: tidak mahu mendengar ~ orang tua-tua; menasihati 1. memberi nasihat (ajaran, tunjuk ajar, dll) kpd: ia sentiasa ~ anak-anaknya supaya tidak meninggalkan sem­bah­yang; 2. mengesyorkan kpd, meng­anjur­kan kpd, mengusulkan kpd: doktor ~nya supaya berhenti menghisap rokok dan me­minum minuman keras;nasihat-menasihati saling memberi na­sihat: ternyata Islam memelihara kebebasan berpendapat melalui konsep ~ sesama Muslim; tegur-menegur dan ~ adalah antara unsur pendidikan yg berkesan; menasihatkan memberikan sesuatu sbg na­sihat atau sbg tunjuk ajar;penasihat orang yg memberi nasihat (tunjuk ajar dll); ~ ekonomi penasihat tentang pelbagai hal yg berkaitan dgn soal ekonomi; ~ kerjaya pe­­-na­sihat tentang kerjaya; ~ pelaburan orang atau pihak yg memberikan nasihat profesi­onal tentang hal-hal pelaburan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ajaran atau petunjuk yg baik; peringatan: Ali itu keras kepala, tidak mahu mendengar ~ orang tuanya. menasihati memberi nasihat (tunjuk ajar dll) kpd: Guru ~nya supaya memulangkan barang yg dicuri itu kpd tuannya. menasihatkan memberikan sesuatu sbg nasihat atau sbg tunjuk ajar: Dia mengingati apa-apa yg dinasihatkan kpdnya. penasihat orang yg memberi nasihat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nasihat (kata nama)
Bersinonim dengan ajaran, peringatan, tunjuk ajar, petua, petunjuk, panduan, tegur ajar, teguran, amaran, pesanan, wejangan;,
Kata Terbitan : menasihati, penasihat,

Puisi
 

Kain berlipat dalam istana,
     Pakaian puteri raja kayangan;
Sepatah nasihat ilmu yang berguna,
     Secubit budi jadi kenangan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bagai mestika embun.

Bermaksud :

Mendengar nasihat yang baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menelan mestika embun).

 

Lihat selanjutnya...(45)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Nasihat pemeliharaan guru melatih kelakuan perjalanan adab kanak-kanak Tiada2005 
Nasihat si katakDewan Bahasa dan PustakaTiada2017978-983-46-0858-3
Nasihat yang bergunaMika EnterpriseTiada19899677400576
Nasihat berirama - gurindam Tiada2013978-967-0335-61-2
Nasihat untuk ilmuwan mudaYayasan Obor IndonesiaTiada19909794610550
Nasihat berguna Tiada20109789675624070
Nasihat perempuanTruna PressTiada[????] 
Nasihat al-MulukDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20069836292705
Nasihat untuk anakkuMega BookstoreTiada1963 
Nasihat untuk ilmuan mudaYayasan Obor IndonesiaTiada1990 
123456

Kembali ke atas