[ne.ra.ka] | نراک
Definisi : 1. alam akhirat tempat orang yg berdosa diseksa, lwn syurga; ~ jahanam neraka yg paling besar; 2. bp segala macam seksaan (bencana, kesusahan): inilah yg disebut ~ dunia; 3. celaka, sial: ~ kau ini; 4. ki tempat yg penuh dgn seksaan, kesusahan, dan bencana: rumah itu bagaikan ~ baginya; menerakakan mendatangkan bencana, mencelakakan; kenerakaan perihal neraka, kecelakaan: apa yg ditemuinya di Kampung Kambing itu ialah keduniaan belaka, kejasmanian belaka, ~ belaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ne.ra.ka] | نراک
Definisi : 1 tempat di akhirat kelak bagi orang yg ingkar dan berdosa di dunia ini menerima balasannya: ~ jahanam neraka yg amat besar. 2 ki segala macam kesusahan dan penderitaan: ~ dunia keadaan hidup yg sangat susah atau azab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)