[nia.ga] | نياݢ
Definisi : dagang, jual beli; kapal ~ kapal yg membawa dagangan; berniaga, meniaga ark menjual barang sbg satu pekerjaan, berjual beli, berdagang: aku dan Hassan Putih telah mulai ~ kecil-kecilan; memperniagakan menjual dan membeli sesuatu (utk mencari keuntungan), memperdagangkan: antara barang yg diperniagakan orang pd masa itu ialah kain, kulit binatang, dan barang-barang permata; perniagaan perihal berniaga, perdagangan: penjaga kedai itu menceritakan sambil mengeluh akan kemunduran ~ kedainya; peniaga 1. orang yg berniaga, pedagang; 2. (Eko) ejen firma broker yg mempunyai lesen utk berjual beli saham, komoditi atau opsyen yg mewakili pelanggannya dgn menerima gaji tetap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[nia.ga] | نياݢ
Definisi : ; berniaga berjual beli; berdagang: Saya lebih suka ~ drpd bekerja sbg kerani. memperniagakan menjadikan sesuatu sbg bahan berniaga; memperdagangkan: Beliau telah ~ hasil tanaman dr kampung ke bandar-bandar. perniagaan urusan berjual beli utk mencari keuntungan; perdagangan: ~ syarikat itu makin sehari makin besar. ~ borong perniagaan secara besar-besaran antara pemborong dgn peruncit. peniaga orang yg berniaga; pedagang. ~ tunggal peniaga yg menjadi tuan punya sesuatu perniagaan tanpa berkongsi dgn orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)