Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[o.rién.ta.si] | اوريئينتاسي

Definisi : (oriéntasi) 1. arah aliran yg diikuti atau yg menjadi spt landasan bagi sesuatu pergerakan (perkembangan dll): sikap atau ~ intelektual tidak dapat dicapai hanya melalui latihan yg berdasarkan ilmu-ilmu kepakaran tertentu; 2. kegiatan (peninjauan dsb) yg menjadikan seseorang faham akan atau dapat menyesuaikan diri dgn sesuatu ke­adaan baru (matlamat tertentu dll): pd hemat saya, tidak perlu memberikan ~ baru kpd pelajar-pelajar kita supaya tanggapan dan niat mereka belajar di universiti memenuhi harapan yg kita letakkan pd mereka; berorientasi melihat-lihat atau meninjau-ninjau dsb (agar lebih kenal, lebih mesra, lebih tahu atau dapat menyesuaikan diri dgn sesuatu keadaan dll); berorientasikan mempunyai sbg orientasi, berasaskan sesuatu orientasi: industri-industri yg ~ eksport; sistem pendidikan yg ~ pepe­riksaan; sebuah karya Melayu yg ~ tradisi Arab; strategi ekonomi yg ~ per­tumbuhan; mengorientasikan menyesuaikan (menye­laraskan dsb) kpd sesuatu atau utk mencapai sesuatu: diperlukan latihan semula atau latihan dlm perkhidmatan utk ~ semula pemikiran dan pengetahuan mereka; kese­luruhan sistem pendidikan mestilah diorien­tasikan utk menggalakkan pertumbuhan sifat-sifat motivasi dan disiplin di kalangan para pelajar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[o.rién.ta.si] | اوريئينتاسي

Definisi : /oriéntasi/ suai kenal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
orientasi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan arah, hala, kecenderungan, kecondongan.,


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Orientasi produktivitas dan ekonomi JepangPenerbit Universitas IndonesiaTiada1986 
Orientasi pasaran dalam penerbitan buku di Dewan Bahasa dan Pustaka(pengarang)Tiada2012 
Orientasi kualiti : prinsip dan amalan strategikPenerbit Universiti Kebangsaan MalaysiaTiada2004967-942-617-3
Orientasi di alam filsafat Tiada1980 
Kursus orientasi pegawai pentadbir anjuran Sinar Tiada1983 
Peranan dan orientasi sains sosial dan ahli-ahli sains sosial di MalaysiaJabatan Antropologi dan Sosiologi UKMTiada1974 
Majlis Pelancaran Kursus Orientasi Sukarelawan SukomDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Melayu pesisir dan batak pergunungan (orientasi nilai budaya)Yayasan Obor IndonesiaTiada2010978-979-461-747-2

Kembali ke atas