Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.car] | ڤانچر

Definisi : keturunan, anak cucu: ~ drpd anak cucu bagindalah segala raja-raja di Pasai itu turun-temurun; ~ gas Id pancutan gas, jet (yg menggerakkan kapal terbang): pesawat terbang ~ gas; sepancar ki seketurunan, sejenis, seasal: bahasa Melayu ialah bahasa yg mesra dan ~ dgn kejadian dirinya; berpancaran keluar ke sana sini (berbagai-­bagai hala), berpancutan: air ~ dr paip rosak itu; memancar 1. keluar memancut dgn deras (bkn air dsb); 2. mengeluarkan cahaya terang, bersinar terang: matahari belum kelihatan ~; sebuah lampu suluh kelihatan ~ cerah; memancarkan 1. memancutkan atau me­mancurkan deras-deras (air, minyak, dll): di sana sini mata air ~ air yg jernih; 2. me­ngeluarkan sinar (cahaya): bulan mulai mengambang di langit sebelah timur dan ~ cahayanya yg gemilang; 3. mengirim atau menyiarkan (haba, bunyi, cahaya, dll), menge­luarkan (sesuatu): bunyi hanya boleh dipancarkan melalui jirim; nyanyian yg dipancarkan oleh Radio Malaysia; 4. melahirkan, memperanakkan, menurunkan (keturunan); terpancar 1. keluar memancar (memancur, memancut), dipancarkan: maka air susu Minuram Dewi pun ~; cahaya itu harus ~ balik dr muka benda itu; 2. ki terbit: dr mulut dia ~ kalimat itu; harapan yg ~ dlm hati; 3. ter­lahir, keluar (anak); pancaran 1. yg dipancarkan atau terpancar (cahaya, haba, bunyi, air, dll), yg dikeluarkan (diterbitkan dsb): ~ cahaya dr lampu menyinari mukanya; ~ air paip air yg memancarkan (mengeluarkan) air; 2. siaran; ~ radio siaran radio; 3. gambaran, bayangan: sastera ialah ~ kehidupan; 4. keturunan; pemancaran perihal memancarkan: ~ bunyi atau gambaran; pemancar 1. yg memancarkan: alat ~; stesen ~; 2. alat yg memancarkan (bunyi, cahaya, dll): ~ air; ~ radio. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.car] | ڤانچر

Definisi : ; berpancaran memancut (keluar) ke berbagai-bagai arah atau ke sana sini. memancar 1 keluar memancut dgn deras (bkn air dll); keluar memancur: Air ~ ke atas dr celah-celah batu. 2 kelihatan bercahaya; tampak bersinar: Dr tubuh badan tuan puteri itu, ~lah cahaya hijau berkilau-kilauan. memancarkan 1 mengeluarkan sesuatu dgn deras; memancutkan: Di sana sini, terdapat beberapa buah telaga yg ~ air bercampur minyak tanah. 2 mengeluarkan sinar atau cahaya: Matahari mula ~ cahayanya. 3 menghebahkan atau menyiarkan melalui radio, televisyen dll: Televisyen Malaysia ~ warta berita pd pukul lapan malam. pancaran 1 cahaya, air dsb yg memancar; hal sesuatu benda yg dipancarkan: Malam itulah kali pertama mereka bermain di bawah ~ cahaya lampu. 2 apa-apa yg dipancarkan melalui radio dll; siaran. ~ air a. air yg memancar. b. paip yg memancarkan air. ~ cita apa-apa yg terasa di hati. ~ radio siaran radio. pemancaran perbuatan (hal dsb) memancar atau memancarkan. pemancar 1 alat utk memancarkan; alat yg memancarkan: ~ air alat utk memancarkan air. 2 sesuatu yg memancarkan: alat ~; stesen ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pancar
Kata Terbitan : berpancaran, memancar, memancarkan, terpancar, pancaran,


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Terlambat sudahPancar KumalaTiada  
Semanis empeduPancar KumalaTiada0000 
Di relung benciPancar KumalaTiada19??[t.m]
Regina-regina tercintaPancar KumalaTiada1976 
Tak selamanya indahPancar KumalaTiada0000 
Warisan sang jagoanPancar KumalaTiada1977 
Bungalow dilereng bukitPancar KumalaTiada  
Kembalinya seorang terkutukPancar KumalaTiada  
Bila duka masih laraPancar KumalaTiada0000 
Cinta di awal tiga puluhPancar KumalaTiada1981 

Kembali ke atas