Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pan.da.ngan] | ڤندڠن

Definisi : 1. hasil perbuatan memandang: ia memusatkan ~nya pd gadis itu; mencuri ~ memandang dgn tidak diketahui orang; 2. apa yg terlihat (tergambar) di mata, hasil perbuatan memandang: dgn mendekatkan mata pd kanta itu, kita nampak satu ~ yg luas; wang hantaran ini dikeluarkan sahaja buat ~ orang ramai; 3. a) yg menjadi per­hatian: anak muda itulah yg menjadi ~nya; b) ki yg dihormati (dicita-citakan dll): dialah ~ orang di kampung itu; 4. anggapan, pen­dapat, tanggapan, fikiran: ~nya terhadap Aini tidak berubah; ~ hidup pendapat tentang hidup, falsafah hidup; ~ politik pendapat ter­hadap politik, falsafah politik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pan.da.ngan] | ڤندڠن

Definisi : 1 apa-apa yg dipandang; sesuatu yg dipandang. 2 hal memandang; renungan: Ia memusatkan ~nya pd pengemis itu. 3 apa-apa yg difikirkan ttg sesuatu; anggapan: ~nya terhadap masalah pendatang haram masih tetap tidak berubah. ~ darat pandangan yg jelas mengenai sesuatu kawasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Seri Bangi gelaran paman,
     Waktu tuan raja di Kedah;
Tinggi bulan sayup pandangan,
     Berpakat kita tumpang cerah.


Lihat selanjutnya...(3)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Pandangan masyarakat kini terhadap naskah kuno di daerah Sumatera UtaraDeparteman Pendidikan dan KebudayaanTiada1997 
Pandangan Kontemporari Alam SemestaDewan Bahasa dan PustakaTiada2015978-983-49-0069-4
Pandangan dunia Melayu pancaran sastera [taipskrip] Tiada2001 
Pandangan umum tentang pengajaran bahasa Malaysia tatabahasa dalam pengajaran bahasa B1 Tiada1974 
Pandangan di dunia kanak-kanak Tiada[19??] 
Pandangan semasa di dunia kanak-kanak Tiada[19??] 
Pandangan politik era mahathirPenerbit Fajar BaktiTiada19909676514624
Pandangan dunia Melayu pancaran sasteraDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2012978-983-46-0758-6
Pandangan hidup Muslim Tiada1967 
Pandangan hidup MuslimPustaka Dini Sdn BhdTiada2003 
12345678910

Kembali ke atas