Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ker.ja.an] | ڤکرجاءن

Definisi : sesuatu yg diusahakan (dilakukan berterusan) kerana mencari nafkah: ~nya yg baru ini menjadikan hidupnya agak senang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ker.ja.an] | ڤکرجاءن

Definisi : 1. sesuatu yg dikerjakan (dilaku­kan, dibuat), perbuatan: ~mu membakar negeri Langkapuri itu juga bukan ~ laki-laki; 2. sesuatu yg dilakukan (harus dilakukan) sbg tanggungjawab, kewajiban, tugas: sempurnalah ~ yg dititahkan paduka ayahanda itu; ~nya membersihkan pekarangan rumah belum selesai; ~ Allah kewajiban kpd Allah; 3. sesuatu (usaha, kegiatan, dsb) yg dilakukan berterusan (dr sehari ke sehari) utk keperluan hidup, usaha atau kegiatan utk mendapatkan wang, pencarian: pd masa itu, bapaku memegang ~ tuan syahbandar Holanda; mereka semua mahukan ~ yg memberikan pendapatan yg besar; ~ kolar putih kerja spt yg dilakukan oleh golongan pengurusan (profesional, perkeranian, dsb, iaitu bukan kerja kasar yg memerlukan kekuatan tenaga); ~ tangan kerja membuat barang-barang dgn tangan (spt menganyam dll); 4. ark pergerakan atau perjalanan sesuatu: beliau menerangkan ~ jentera itu kpd pelawat-pelawat; 5. majlis (istiadat) perkahwinan dll: banyak dia berbelanja kerana ~ kahwin anaknya; ~ baik lekas-lekaskan, jangan ditimpa ~ buruk; ~ buruk lambat-lambatkan, untung-untung datang ~ baik prb Mn pekerjaan baik (spt pekerjaan kahwin) hendaklah disegerakan melakukannya supaya tidak ada apa-apa halangan (sebaliknya pekerjaan yg tidak baik hendaklah ditangguhkan supaya dapat difikir­kan dgn lebih teliti); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ker.ja.an] | ڤکرجاءن

Definisi : 1 sesuatu yg dilakukan utk mencari nafkah hidup; pencarian: ~ mereka ialah bercucuk tanam dan menangkap ikan. 2 sesuatu yg dikerjakan atau yg dibuat: Demikianlah ~nya setiap hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.ker.ja.an] | ڤکرجاءن

Definisi : sesuatu yg dilakukan oleh seseorang utk mencari nafkah; pencarian: Ada yg ~nya berladang dan ada pula yg berniaga. 2 sesuatu yg mesti dilaksanakan; tugas: Tiap-tiap orang hendaklah menjalankan ~ masing-masing. 3 kegiatan atau usaha melakukan sesuatu: ~nya tiap-tiap hari tiada lain drpd membaca surat khabar. ~ kayu pertukangan kayu (spt membuat kerusi dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Bagai ikan lampam di ulak jamban.

Bermaksud :

Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi; orang-orang yang mengutip hasil daripada pekerjaan-pekerjaan maksiat. (Peribahasa lain yang sama makna: Merayap-rayap seperti kangkung di ulak jamban).

 

Lihat selanjutnya...(277)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Pekerjaan-pekerjaan manusia dalam duniaSinaran Bros LimitedTiada  
Pekerjaan dan pekerjaanPenerbit Fajar BaktiTiada19859679332004
Pekerjaan dan kaum buruhHizbiTiada19859679996751
Pekerjaan dalam kehidupan manusiaPearsonTiada2000983-9236-52-0
Pelajaran pekerjaan tangan darjah rendah sekolah-sekolah Melayu bagi darjah IPejabat Karang Mengarang Jabatan Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu...Tiada1949 
Seratus pekerjaan terpilih 2010[t.p]Tiada2010978-967-5236-48-8
Akta pekerjaan, 1955MDC Sdn. Bhd.Tiada1988967-70-0082-9
Kamus istilah pekerjaan sosialPenerbitan NadiahTiada1990979-413-243-8
Piawaian pengelasan pekerjaan Malaysia 1998 Tiada1998 
Undang-Undang Pekerjaan - Huraian dan Panduan Terhadap Aktar Kerja 1955 Tiada2004983-52-0350-4
1234

Kembali ke atas