Definisi : sl makanan dll yg sudah ditentukan, catu, rangsum: Sultan Iskandar Shah menyuruh mengeluarkan beras kpd bendahari akan ~ segala rakyat; ~ habis Palembang tak alah prb modal telah banyak habis tetapi faedah akhirnya tiada. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : 1. orang yg melabur (menanam modal); 2. bekalan makanan (wang dll); ~ asing individu atau syarikat dr luar negara yg melaburkan modalnya dlm sesuatu perniagaan dsb; ~ institusi (Eko) institusi atau organisasi yg mengumpul dan mengurus dana drpd orang ramai utk tujuan pelaburan secara besar-besaran dlm pasaran saham dsb; ~ runcit (Eko) pelabur individu yg jumlah pelaburannya sangat kecil (hanya beberapa lot saham dsb); ~ habis Palembang tak alah prb perbuatan yg sia-sia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : 1 orang (syarikat dsb) yg melabur atau yg melaburkan sesuatu. 2 bekalan makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)