[pem.bu.ka] | ڤمبوک
Definisi : 1. orang yg membuka; 2. alat utk membuka (sesuatu): ~ botol; ~ surat; 3. awal, permulaan: ~ kata; ~ jalan a) perintis, pelopor; b) sesuatu yg memberikan atau mengadakan peluang (kesempatan); ~ jalan fikiran sesuatu yg menimbulkan kesedaran: petunjuk Allah adalah ~ jalan fikiran dan penyuluh hidup yg sebenar; ~ langkah sesuatu yg memulakan (kegiatan dll); ~ mata sesuatu yg menyedarkan orang atau pihak yg tertentu drpd kesilapan, kekurangan atau sesuatu yg tidak diketahui sebelum ini: kebangkitan pemain senior yg menyerlah dlm beberapa kejohanan besar menjadi ~ mata masyarakat tempatan dan antarabangsa; ~ pintu sesuatu yg memberi kesempatan kpd, sesuatu yg merintis jalan kpd; ~ selera makanan yg boleh mendatangkan selera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pem.bu.ka] | ڤمبوک
Definisi : 1 orang yg membuka: ~ jalan. 2 alat yg digunakan utk membuka: ~ botol. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)