Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.rang.kap] | ڤرڠکڤ

Definisi : perkakas utk menangkap bina­tang (kandang yg pintunya boleh tertutup dgn sendirinya apabila dimasuki binatang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rang.kap] | ڤرڠکڤ

Definisi : 1. alat utk menangkap (kancil, harimau, dll), jebak: kami ke hutan menahan ~; 2. ki tipu muslihat utk memperdaya dll orang: Firdaus pasti masuk ~ Israel kali ini; aku terkurung dlm ~ serba salah; ~ laju sistem yg digunakan oleh pihak polis utk mengesan pemandu kenderaan (kereta dsb) yg memandu melampaui had laju yg dibenarkan di jalan raya tertentu; ~ maut sesuatu (bangunan, tempat, keadaan dsb) yg berbahaya dan boleh meragut nyawa seseorang; memerangkap 1. menangkap orang dll dgn perangkap, menjebak; 2. ki menipu, memper­daya: hatinya ragu-ragu Dang Kenanga datang hendak ~nya dan membuat fitnah; terperangkap 1. kena perangkap, terku­rung, tertangkap: mereka menyelamatkan pekerja-pekerja yg ~ dlm lombong; 2. ter­pedaya, tertipu: Aini sedar bahawa dirinya benar-benar ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rang.kap] | ڤرڠکڤ

Definisi : 1 perkakas yg pelbagai jenis dan bentuknya, digunakan utk menangkap binatang (biasanya diletakkan umpan pd perkakas tsb): ~ tikus; ~ harimau. 2 ki tipu muslihat (utk memperdaya orang): Dia mencuba memasang ~ dgn menuturkan kata-kata yg manis. ~ laju kawasan tertentu di bahagian jalan raya atau lebuh raya tempat kamera dsb digunakan bagi mengesan kenderaan yg dipandu melebihi had laju yg ditetapkan. ~ maut sesuatu, spt tempat yg berbahaya, keadaan yg tidak selamat yg boleh meragut nyawa. memerangkap 1 menangkap binatang dgn menggunakan perangkap. 2 ki menangkap orang dgn menggunakan helah; memperdaya. terperangkap 1 kena tangkap dgn perangkap; masuk ke dlm perangkap. 2 ki tertipu; terpedaya. pemerangkap orang yg memerangkap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perangkap (kata nama)
Bersinonim dengan jerat, jebak, simbat, lapun, apit-apit, lapoi;,
Kata Terbitan : memerangkap, terperangkap,

Puisi
 

Naik bukit meraut nibung,
     Buat perangkap musang jebat;
Penyakit lain boleh ditanggung,
     Penyakit rindu tak ada ubat.


Lihat selanjutnya...(2)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Perangkap Mimpi Tiada20169789670213538
Perangkap masa : panduan pengurusan masa berkesanInstitut Tadbiran Awam Negara (INTAN)Tiada2000967-9933-75-X
Perangkap hitam Tiada  
Perangkap [taipskrip]Dewan Bahasa dan PustakaTiada1979 
Perangkap Raja LautEastern Universities PressTiada1981 
Perangkap burung dengan gagak bidadariEastern Universities PressTiada1978 
Perangkap zamanEastern Universities PressTiada1980 
PerangkapDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1981 
Perangkap /PrasidhaTiada  
Perangkap hitamDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1987 
12

Kembali ke atas