Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; meminang 1. meminta seseorang perempuan menjadi isteri, melamar: ketika dia datang ~, ibuku tidak lengah-lengah menerimanya; 2. memohon pekerjaan dll, melamar: banyak orang yg ~ jawatan itu; pipit ~ anak enggang prb orang miskin hen­dak memperisteri anak orang kaya; tabuhan ~ anak labah-labah prb mencari jodoh yg tidak sepadan; meminangkan meminang gadis utk orang lain: mana muafakatlah ia dgn segala orang besarnya hendak ~ puteranya Raja Abdullah akan Tengku Besar; pinangan 1. permintaan utk menjadikan is­teri: dgn tiada banyak cerewet lagi, saudagar Biram suami isteri telah menerima ~ itu; 2. lamaran (pekerjaan dll); peminangan hal (pekerjaan dll) meminang: haram melakukan ~ ke atas perempuan yg telah dipinang; peminang 1. orang yg datang meminang; 2. pemohon pekerjaan, pelamar; 3. ark bekas (tempat) sirih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; meminang meminta seseorang perempuan menjadi isteri; melamar: Beliau telah pergi ~ Puteri Gunung Ledang utk dijadikan permaisuri Sultan Mahmud. meminangkan meminang utk seseorang; melamarkan. pinangan permintaan meminang; lamaran: ~ Raja Benggala akan puteri Raja Yeman itu telah ditolak. peminangan perbuatan atau hal meminang. peminang orang yg pergi meminang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pinang
Kata Terbitan : meminang, pinangan, peminang,


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Jejak Bahasa II - Pulau PinangDewan Bahasa dan PustakaTiada2002 
Lawatan TKP II ke pejabat TKM Pulau PinangDewan Bahasa dan PustakaTiada1993 

Kembali ke atas