Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.sés] | ڤروسيس

Definisi : (prosés) 1. satu siri perubahan yg ber­laku secara semula jadi: sedangkan kanak-kanak menghadapi ~ perkembangan jiwa utk mendapatkan bahan-bahan ilmu; 2. satu siri tindakan yg dilakukan utk membuat, menghasilkan, atau mencapai sesuatu; 3. kaedah teknik operasi yg digunakan dlm industri utk membuat sesuatu: di Indonesia nampaknya ~ penyaringan dan penapisan masih perlu dijalankan utk dapat memisahkan antah drpd beras; ~ Haber (Kim) sj proses utk menyediakan ammonia drpd nitrogen; 4. Id pembicaraan dlm mahkamah; berproses telah diproses: sebilangan besar makanan ~ diimport dr luar negara; memproses 1. mengambil tindakan tertentu terhadap sesuatu mengikut prosedur yg ditetapkan: pihak majikan sedang ~ permohonan mereka; 2. mengolah bahan men­tah menjadi barangan siap: sudah ada banyak kilang yg menggunakan alat moden utk ~ barang-barang yg hendak dieksport; pemprosesan perbuatan (usaha, kerja dsb) memproses: ~ permohonan utk mengimport barang; ~ makanan; ~ data; pemproses 1. alat (kilang dll) yg memproses sesuatu: penggunaan komputer sbg ~ perkataan; ~ makanan; 2. (Komp) perka­kasan atau perisian yg mempunyai kemam­puan mengolah data bagi mencapai sesuatu hasil: penggunaan komputer sbg ~ kata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pro.sés] | ڤروسيس

Definisi : /prosés/ 1 perubahan, peristiwa dll yg berlaku berturut-turut dgn sendirinya: ~ perkembangan jiwa; ~ penghadaman makanan. 2 cara atau kaedah tertentu yg diikut utk membuat sesuatu: ~ Bessemer salah satu cara membuat keluli yg dipelopori oleh Bessemer. 3 beberapa perbuatan berperingkat-peringkat yg dilakukan utk mendapatkan sesuatu: ~ pengeluaran minyak kelapa sawit memang rumit dan memerlukan modal yg banyak. memproses 1 membuat (menyediakan, menjalankan) sesuatu menerusi berbagai-bagai proses: Sebuah kilang ~ minyak telah dibina di Port Dickson. 2 membubuh ubat pd kayu supaya tahan lama (tidak dimakan ulat dll). pemprosesan perbuatan atau hal memproses. pemproses 1 alat, kilang dsb yg memproses sesuatu: ~ makanan. 2 ist perkakasan atau perisian yg mempunyai kemampuan mengolah data bagi mencapai sesuatu hasil: Penggunaan komputer sbg ~ kata. ~ imej ist pemproses dlm sistem komputer yg digunakan utk memproses imej (bentuk grafik). ~ kata ist atur cara atau program komputer utk tujuan menulis, mengedit, menyimpan dsb teks, dan seterusnya mencetak teks tsb. ~ kembar ist sistem komputer yg mempunyai dua pemproses yg membolehkan sesuatu atur cara dijalankan dgn lebih pantas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
proses (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan operasi, perjalanan, tindakan, pergerakan, perkembangan;,
Kata Terbitan : memproses, pemprosesan, pemproses,


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Proses pembentukan kataDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2014978-983-62-9681-8
Proses Kreatif Sensitiviti dan Kretiviti PengarangDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2017978-983-46-1825-4
Proses pembaratan dalam Daulah Uthmaniyyah 1789-1876 Tiada2016978-967-5224-61-4
Proses kreatif : sensitiviti dan kreativiti pengarangDewan Bahasa dan PustakaTiada2017978-983-46-1825-4
Proses Pembinaan Buku Sekolah - Seni TariDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2017 
Proses pembuatan jilid IPenerbit Universiti Teknologi MalaysiaTiada1999 
Proses pembuatan jilid IIPenerbit Universiti Teknologi MalaysiaTiada1998983-52-0105-6
Proses dan piawaian masa penerbitan buku DBPDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1997 
Proses belajar mengajarBumi AksaraTiada2001979-526-767-1
Proses penerbitan ayatDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2014978-983-46-1289-4
12345678910...

Kembali ke atas