Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[puan] | ڤوان

Definisi : sj tempat sirih yg diperbuat drpd emas atau perak (biasanya dipakai oleh permaisuri, pengantin perempuan atau sbg tanda kekua­saan raja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[puan] | ڤوان

Definisi : 1. kep empuan (perempuan); datuk ~ panggilan kpd isteri datuk, datin; Toh (Tok) P~ a) panggilan kpd isteri Tun; b) Ph isteri kepada Tok Muda; sakit ~ a) cabang ilmu perubatan yg berkaitan dgn penyakit-penya­kit yg khusus dihidapi orang perempuan ter­utama yg berkaitan dgn organ-organ seks dan salur kencing; b) penyakit (spt sifilis, gonorea, dsb) yg boleh berjangkit melalui perhubungan kelamin, penyakit kelamin; 2. = cik ~ panggilan kpd perempuan yg sudah bersuami, nyonya (lwn tuan); puan-puan sapaan kpd sekalian orang perempuan yg hadir dlm sesuatu majlis: …tuan-tuan dan ~ yg dihormati sekalian; berpuankan mempunyai wanita sbg majikan: dia bekerja dgn Datuk dan ~ Datin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[puan] | ڤوان

Definisi : ; kelapa ~ kelapa yg isinya lembut (lunak) sekali; ais ~ Id ais dengan kelapa puan; kuih ~ sj kuih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[puan] | ڤوان

Definisi : bekas sirih yg dibuat drpd emas atau perak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[puan] | ڤوان

Definisi : 1 kep drpd perempuan: Toh ~ gelaran utk isteri orang yg bergelar Tun; Tok ~ gelaran utk isteri orang yg bergelar Datuk (terutama di Pahang). 2 = cik ~ panggilan utk orang-orang perempuan yg sudah bersuami; kep drpd encik perempuan (nyonya rumah). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata puan

Puisi
 

Jangan diharap kelapa puan,
     Kelapa puan kelapalah Bali;
Jangan diharap adinda tuan,
     Makanya tuan siapa lagi.


Lihat selanjutnya...(92)
Peribahasa

Meriba puan kosong.

Bermaksud :

Kahwin dengan gadis yang sudah rosak maruahnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Persaraan Puan Rahmah Jaafar dan Puan Faridah MustaffaDewan Bahasa dan PustakaTiada2005 
Majlis perpisahan Puan Nasuri dan puan RosilawatyDewan Bahasa dan PustakaTiada2007 
Pesaraan Staf DBP : Puan Aliyah dan Puan HalimahDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2013 
Sumbangan Hari Raya unutk Puan Hawa dan Puan AidaDewan Bahasa dan PustakaTiada2002 
Puan KecubungMatbaah Haji AminTiada2009978-979-3778-54-9
Puan Kumbu/Kain Pua - suku ibanDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Puan Khatijah AwangKementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan MalaysiaTiada1999 
Puan, inilah permintaanSasbadi Sdn. Bhd.Tiada19979830298191
Puan Rukiah bersuami duaMalik AgencyTiada  
Puan Saadiah Aman Ketika Mengetik Kad Perakam Waktu Pada Hari TerakhirDewan Bahasa dan PustakaTiada  
1234567

Kembali ke atas