Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pun] | ڤون

Definisi : 1 juga: Saya ~ hendak pergi sama. 2 saja; jua: Apa ~ sanggup dilakukannya. Sesiapa ~ boleh menjadi ahli syarikat itu. 3 sedangkan …; bahkan …: Hendak berdiri ~ belum dpt, apatah lagi hendak berlari. 4 walau; meski: Barang itu mahal ~ dibelinya juga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pun (kata tugas)
1. Bersinonim dengan juga: pula, demikian juga, serupa,

2. Bersinonim dengan biar: kendati, meski, walau,

3. Bersinonim dengan bahkan: malahan, sedangkan,

4 Bersinonim dengan apa sahaja: bagaimana sahaja, apa-apa jua.,


Puisi
 

Mudik berenang hilir berenang,
     Hanyut sampai ke Tanjung Jati;
Budi pun kenang rupa pun kenang,
     Tuanlah pandai mengambil hati.


Lihat selanjutnya...(152)
Peribahasa

Buaian pun digoncang,
     anak pun dicubit.

Bermaksud :

Menyelimuti kelakuan jahat dengan perbuatan yang baik atau tutur kata yang manis. (Peribahasa lain yang sama makna: Buaian diayun anak dicubit.)

 

Lihat selanjutnya...(120)

249

Something is better than nothing

Lebih baik ada, walaupun sedikit, daripada tidak ada langsung.

Asal ada kecil pun pada

We were greatful for the food you brought even though it was not enough to fit my big hungry family, but something is better than nothing. Yesterday, we didn't have any food at all.

Kami bersyukur atas makanan yang kamu bawa meskipun ia tidak cukup untuk mengenyangkan keluarga saya yang ramai lagi kelaparan itu, tetapi asal ada kecil pun pada. Kelmarin, kami langsung tidak mendapat makanan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(83)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Pun Tana Suku Kaum Lun BawangDewan Bahasa dan Pustaka Cawangan SarawakTiada1992983-62-2936-1
Pun Tana: cerita rakyat suku kaum Lun BawangDewan Bahasa dan Pustaka Cawangan SarawakTiada1992983-62-2936-1
Boleh Pun!Penerbit Fajar Bakti Sdn BhdTiada1995 
Batu pun berteriak : kumpulan sajakeSastera EnterpriseTiada2014978-967-5043-60-4
Mendung Pun Berarak Tiada1997967-60-0496-0
Cengkeh pun berbungaBalai PustakaTiada1983 
Laut pun jadi rebutanOscar Book InternationalTiada1995967-941-287-3
Cinta pun malu bertanyaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2013978-983-46-1462-1
Daun Pun BerzikirArem PublishingTiada2010978-967-5783-29-6
Betapa pun nyanyian rindunya, si anak Geylang SeraiPersatuan Wartawan Melayu SingapuraTiada1999981-00-9957-6
1234

Kembali ke atas