Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.ru] | ڤورو

Definisi : 1. sakit patik, Framboestia tropica; ~ bunga belang putih-putih pd kulit tanda akan sakit puru (patik); ibu ~ puru yg besar; 2. sj penyakit kulit; jenis-jenisnya: ~ dedak, ~ jahat, ~ koci, ~ sekam, ~ sembilik, dll; getikkan ~ di bibir prb tidak dapat membenci anak isteri (keluarga) yg buruk kelakuannya; orang yg ~ gatal tubuhnya nescaya meng-garu juga kerjanya prb sesuatu perbuatan yg jahat itu lambat laun nampak juga oleh orang; berpuru menghidap sakit puru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.ru] | ڤورو

Definisi : sj penyakit kulit yg mudah berjangkit, Framboestia tropica. ~ sembilik buasir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata puru

Peribahasa

Orang yang puru gatal tubuhnya,
     nescaya menggaru juga kerjanya.

Bermaksud :

Sesuatu perbuatan yang jahat itu lambat-laun akan ternampak juga kepada orang.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Katak Puru Menjadi PenghuluDewan Bahasa dan PustakaTiada2015978-983-46-1558-1
Katak puru menjadi penghuluDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2015978-983-46-1558-1
Awang puruPusat Dokumentasi MelayuTiada1962 

Kembali ke atas