Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.kit] | راکيت

Definisi : beberapa batang buluh (kayu dll) yg diikat berangkai (digunakan utk mengangkut orang, barang, dsb menyeberangi sungai dsb); ~ balai gambang sj rumah di atas rakit; ~ pisang Mn sj penganan yg dibuat drpd pisang muda yg disayat dan diatur spt rakit; berakit bergerak di air di atas rakit, meng­guna­kan rakit: perjalanan ~ hanya memakan masa kira-kira tiga jam; berakit-rakit bergerak ke sana sini di air dgn me­ng­gunakan rakit: biarlah kita semua ~ ke hulu sebelum berenang-renang ke tepian; ~ ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian prb bersusah payah dahulu kemudian baru bersenang-senang; merakit 1. membuat rakit; 2. ki mengatur atau menyusun rapi-rapi; 3. mereka-reka, mencari akal; perakit pengatur, penyusun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.kit] | راکيت

Definisi : Jw; serakit sepasang (kuda dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.kit] | راکيت

Definisi : ; burung ~ sj burung, burung hujan-hujan, Cymbirhyncus macrorhyncos malac­censis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.kit] | راکيت

Definisi : rangkaian beberapa batang kayu atau buluh yg dpt mengapung di atas air, dan digunakan sbg kenaikan dll. berakit bergerak di air dgn menggunakan rakit; menaiki rakit: ~-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rakit (kata nama)
Bersinonim dengan ancu, telatak, jeriau, telatap;,
Kata Terbitan : berakit, merakit, perakit,

Puisi
 

Sayang pindah naik rakit,
     Rakit berikat tali bemban;
Sedangkan lidah lagikan tergigit,
     Inikan pula sahabat sekawan.


Lihat selanjutnya...(35)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Rakit batang pisangDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2003 
Rakit batang pisangDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20069836273603
Rakit pengalaman Tiada199898399928
RakitDewan Bahasa dan PustakaTiada1987983-62-1391-0
Rakit batang pisangDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1992983-62-1226-4
Rakit batang pisangDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1990983-62-1226-4
RakitDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1987 
Rakit batang pisangDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2006983-62-7360-3
RakitDewan Bahasa dan PustakaTiada1990983-62-1391-0
Rumah rakit di Sungai Golok, KelantanDewan Bahasa dan PustakaTiada1986 
12

Kembali ke atas