Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.mah] | رامه

Definisi : 1. elok dan menarik budi bahasanya (ter­hadap sesiapa): perempuan yg berbudi itu mempelawa lagi dgn ~nya; mereka me­nyambutku dgn ~nya; 2. suka bercampur (bergaul, bercakap-cakap, dll) dgn mesra: gadis yg dahulunya ~, sekarang menjadi pendiam pula; umumnya kaum lelaki ~-~ benar; ~ lidah suka bercakap-cakap; ~ mesra sangat karib (pergaulan); beramah-ramahan bergaul (bercakap-cakap, berkenalan) dgn ramah: serta ~lah aku dgn segala supai-supai itu; meramahi bersikap ramah-tamah kpd, mengambil hati: siapa pun diramahinya; keramahan sifat atau sikap ramah, kemes­raan (dlm pergaulan dsb): kecantikan dan ~ gadis-gadisnya memang tidak dapat di­nafikan; ~ beliau membuatkan kami terasa seolah-olah sudah lama berkenalan; peramah orang yg ramah, bersifat ramah: penumpangnya itu ~ orangnya; bahawa dia sebetulnya lebih ~ dan lebih periang drpd kawannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.mah] | رامه

Definisi : suka bercampur gaul atau suka bercakap-cakap dgn orang serta dgn karibnya: Ia ketua yg ~. ~ lidah suka bercakap-cakap. ~ mesra sangat karib (bkn pergaulan). keramahan keadaan atau sifat ramah. peramah 1 bersifat ramah: Ayu sangat ~. 2 orang yg ramah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ramah (adjektif)
Bersinonim dengan mesra, kencang, suka berkawan, pandai bergaul, receng mulut;,
Kata Terbitan : beramah-tamah, beramah-ramahan, meramahi, keramahan, keramah-tamahan, peramah,


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Majlis Ramah Mesra Persaraan Puan Azah WahabDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2015 
Majlis Ramah Mesra Bersama Ketua Pengarah DBPDewan Bahasa dan PustakaTiada2012 
Temu ramah Projek Malam Bahasa Jiwa BangsaDewan Bahasa dan PustakaTiada2002 
Temu ramah Dewan Masyarakat bersama Pegawai Jabatan Kebajikan MasyarakatDewan Bahasa dan PustakaTiada2011 
Temu ramah dengan Timbalan Ketua Pengarah DBP, Ketua-Ketua Bahagian dan Staf DBP untuk Majlis Jasa mu Dikenang - Persaraan Ketua Pengarah DBP, Dato' Haji Termuzi Haji Abdul AzizDewan Bahasa dan PustakaTiada2012 
Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri DBP 2008Pusat Dokumentasi MelayuTiada2008 
Temu ramah guru besar sekolah-sekolah Kuala LumpurDewan Bahasa dan PustakaTiada1977 
Majlis ramah mesra DBP/BBT/PPKDewan Bahasa dan PustakaTiada1995 
Temu Ramah Dewan Masyarakat dengan Duta TurkiDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Majlis ramah mesra bersama wartawanPusat Dokumentasi MelayuTiada  
12

Kembali ke atas