Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (réntak) ® rentak II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. hentaman kaki, hentak: ia men­jawab dgn ~ dan marahnya; 2. = ~ lagu (muzik) gerakan yg teratur (dlm lagu), irama, tingkah: bertepuk tangan, berhentak kaki mengikut ~ lagu; 3. ki gaya, kelakuan, tingkah: ia mencelah mengikut ~ langkah pak menteri; ~ sedegam, langkah sepijak prb Mn setuju, semuafakat; berentak mengikut, mempunyai atau me­makai rentak (lagu atau muzik), berirama: sebuah lagu Melayu asli ~ perlahan di­dendangkan dlm majlis itu; merentak, merentak-rentak meng­hentak-hentakkan kaki (kerana marah dll): ia bangun sambil ~ dan menengking; merentakkan; ~ kaki menghentakkan (meng­­­­hentamkan) kaki. perentak = ~ jantung alat elektronik yg dipasang pd jantung utk memperkuat atau mengawal dan mengatur denyutan jantung yg lemah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : renggut, sentak; merentak menyentak, merenggut: anjing itu ~ rantainya lalu putus; kemejanya sobek-sobek direntak-rentak orang; terentak tersentak, tergoncang, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; serentak bersama-sama (me­lakukan sesuatu), sekali gus, serempak: kerja hendaklah dijalankan berselang-selang atau ~; bangun ~; lawatan tuan itu ~ dgn ketiba­an pasukan tentera tambahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /réntak/; merentak menarik dgn cepat dan kuat; menyentak; merenggut: Orang itu ~ rantainya hingga putus. terentak tertarik dgn kuat; tersentak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 hentakan kaki ke lantai dll kerana marah dsb: Dia menjawab dgn ~ dan marahnya. 2 = ~ lagu (muzik) tempo yg teratur dlm lagu; irama; tingkah: Sekaliannya bertepuk tangan, mengikut ~ muzik. berentak mempunyai rentak: Lagu itu ~ joget. merentak menghempaskan kaki ke lantai; menghentakkan kaki kerana marah dll: Dia bangun sambil ~ dan menengking. merentakkan; ~ kaki menghempaskan kaki; menghentakkan kaki. perentak, = ~ jantung alat elektronik yg dipasang pd jantung utk memperkuat atau mengawal dan mengatur denyutan jantung yg lemah. serentak bersama-sama melakukan sesuatu (spt ketika menjawab, berteriak); serempak: Murid-murid itu menjawab ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rentak (kata nama)
1. Bersinonim dengan irama: rima, ritma, tempo, intonasi,

2. Bersinonim dengan gaya: kelakuan, tingkah, perlakuan, tindak-tanduk,

Kata Terbitan : merentak-rentak,


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Rentak RebanaPerkumpulan Seni SingapuraTiada20159789810935870
Rentak dunia mejelang abad 21 Tiada1997983-9373-05-6
Rentak galurDewan Bahasa dan PustakaTiada2007978-983-62-9683-2
Rentak tak beralunUtusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Tiada1979 
Memburu rentakDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2011978-983-46-0781-4
Alang rentak seribuKumpulan Seni Teater MalaysiaTiada1973 
Drama Alang Rentak SeribuDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2004 
Teater Alang rentak seribuDewan Bahasa dan PustakaTiada2003 
Peribahasa sa-rentak untok sekolah menengahToko Buku AsiaTiada1967 
Langkah Tari Tanpa Rentak(pengarang)Tiada2004983-3080-01-4
12

Kembali ke atas