Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.ze.ki] | رزقي

Definisi : Ar 1. segala sesuatu yg dikurniakan oleh Allah utk keperluan rohani dan jasmani, mis makanan, ilmu dsb; ada nyawa (umur) ada ~ selama masih hidup tentu mendapat makanan; itu bukan ~ saya itu bukan utk saya (makanan dll); memberi ~ a) memberi makanan (nafkah); b) membawa keuntungan (kemujuran); 2. ki pendapatan, penghasilan, pencarian (wang dll utk sara hidup); ke­hilangan ~ kehilangan mata pencarian; men­cari ~ mencari makan, mencari peng­hidupan (dgn berusaha dll); mendapat ~ a) mendapat makanan (penghidupan dll); b) mendapat untung (laba), mujur; putus ~ kehilangan pencarian; 3. peluang utk beroleh makanan dll, keuntungan, perolehan; bukan ~ bukan habuan (untung) seseorang; dekat ~nya cepat (mudah) mendapat untung; jauh ~nya sulit (susah) mencari untung; kalau ada ~ kalau ada wang (habuan, kemudahan, untung); mudah-mudahan dimurahkan ~nya mudah-mudahan banyak (mudah) mendapat ke­un­tung­­an dll; naik ~nya semakin bertambah ke­untungannya; orang makan gaji, umur pan­jang ~ beragakkan Mn orang makan gaji, umur panjang tetapi perolehannya terhad; pembahagian ~ pembahagian keuntungan dll; perebutan ~ perebutan keuntungan dll; ~ batin sesuatu yg berfaedah utk batin, makanan rohani (jiwa); ~ harimau ki sewaktu ada makanan banyak dan berjenis-jenis; ~ jangan ditolak untung jangan dibuang (dibiarkan terlepas); ~ mahal susah mencari penghidupan, jarang mendapat keuntungan; ~ mata sesuatu yg sedap dipandang; ~nya meninggi mendapat keuntungan tidak dgn bersusah payah; ~ merendah semua yg di­usahakannya itu menguntungkannya; ~ murah selalu mendapat keuntungan tidak dgn bersusah payah; ~ yg halal pendapatan dll yg halal (bukan dgn penipuan dll); ~ elang tak akan dapat (dimakan) oleh musang (burung pipit) prb semua orang ada kemujurannya masing-masing, keuntungan seseorang tidak boleh direbut oleh orang lain; merezekikan memberikan rezeki: mereka tidak direzekikan dgn gugur syahid di medan jihad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.ze.ki] | رزقي

Definisi : segala sesuatu yg diperlukan utk hidup; makanan atau segala yg diperlukan sehari-hari; nafkah: Mudah-mudahan Tuhan memurahkan ~ kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rezeki (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan nafkah, mata pencarian, periuk nasi, pendapatan, perolehan gaji, upah keuntungan, laba, elaun, komisen, dividen, bonus, ganjaran, hasil, panen.,

Puisi
 

Anak Cina bermain ceki,
     Baju dibuka tinggal seluar;
Kalau sudah bukan rezeki,
     Di dalam mulut lari keluar.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Ada nyawa ada rezeki.

Bermaksud :

Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada hari, ada nasi, b. Ada umur ada rezeki).

 

Lihat selanjutnya...(22)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Rezeki Tiada1994983-9792-94-6
Rezeki dalam al-qur'anPeladjarTiada1969 
RezekiKementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan MalaysiaTiada1992 
Rezeki dalam al QuranPenerbit PelajarTiada1969 
Menjemput rezeki yang tidak disangka Tiada2010978-967-371-048-5
Kunci rezekiPenerbit RepublikaTiada2008978-979-110222-3
Adab Mensyukuri Rezeki AllahDewan Bahasa dan PustakaTiada2016978-983-46-0721-0
Petua & rahsia kemurahan rezeki yang diberkati : motivasi menjadi orang kaya yang bertakwa Tiada2004983-2565-75-8
Pencegahan Rasuah Melalui Pencarian Rezeki Halal dan Amalan Hidup MuliaPercetakan Nasional Malaysia BerhadTiada1996 
Petua dan rahsia kemurahan rezeki yang diberkati : motivasi orang kaya yang bertaqwaMHS AnniversaryTiada2004983-2565-75-8
12

Kembali ke atas