Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ria/] | رياق

Definisi : 1. gerakan air yg mengombak (di permukaannya), gerakan air yg merupakan bulatan (kerana batu jatuh di air dll), ombak kecil: dia merenung ~-~ air tempat jatuhnya batu itu; angin laut bertiup sepoi-sepoi bahasa, pohon-pohon kelapa melambai-lambai ri­ang, ~-~ kecil berlari di gigi air; 2. getaran (gerakan) udara: ketika hari terang dan panas terik ternampaklah ~-~ udara; 3. ki gerak-geri yg menandakan ada sesuatu yg terkandung dlm hati, gelagat: maka Hitam terentap ke muka Deraman, sinar matanya tidak menim-bulkan ~; ada ~-~ yg me­nunjukkan kedua-dua orang itu mem­percayai kata-kataku; ~ gelombang ge­lombang radio; ~ ikan kocakan air yg disebabkan oleh ikan; ~ mua Kl a) gelombang kecil-kecil; b) tingkah laku yg kebudak-budakan (bersifat kebudak-budakan); ~-remiak beriak-riak (air); beriak, beriak-riak, meriak 1. bergerak-gerak mengombak (air, udara), berkocak-kocak (air): hatinya tidak berkocak sedikit pun menerima hukuman itu, ia tenang, se­tenang air danau yg tidak ~; udara yg tenang mulai bergetar-getar, beriak-riak, silau mata memandangnya; hanya sececah meriak, tatkala mendengar berita itu hanya sebentar geletar hatinya ketika mendengar berita itu; 2. ki ada gelagatnya (yg me­nunjukkan kan­dungan hatinya): perasaan benci ~ di muka­nya; ~ tanda tak dalam, bergoncang tanda tak penuh prb perihal orang yg sombong dan besar cakap itu biasanya kosong (kepalanya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ria/] | رياق

Definisi : dahak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ria/] | رياق

Definisi : ark ® riyak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ria/] | رياق

Definisi : 1 gerakan air yg mengombak (spt apabila batu jatuh ke air); ombak kecil. 2 gerakan atau getaran udara: Ketika hari terang dan panas terik, ternampaklah ~ udara. 3 ki gerak-geri yg menunjukkan perasaan hati; gelagat: Drpd ~nya, kami ketahui bahawa dia dlm ketakutan. beriak bergerak spt ombak (biasanya air, udara); berkocak: Air ~ belum tentu tidak dalam. beriak-riak bergerak-gerak spt ombak; berkocak-kocak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
riak (adjektif)
Bersinonim dengan angkuh, bongkak, congkak, pongah, sombong, bangga, takbur, tinggi diri, besar diri;,
Kata Terbitan : keriakan,

Puisi
 

Bila riak bilalah pasang,
     Bila melajak atas perahu;
Bila teriak abang datang,
     Silalah masuk kita bertemu.


Lihat selanjutnya...(3)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Riak-riak air di Tasik TitiwangsaDewan Bahasa dan PustakaTiada1986 
Riak-riak kecil (kumpulan puisi 1961 - 74)Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1977[t.m.]
Riak-riak kecil (kumpulan puisi 1961-74)Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1977 
Riak-riak kehidupan Tiada1986 
Riak dan kemudaratannya[t.p]Tiada1994983-045-010-4
Riak kecil di kolam [taipskrip] Tiada[1977] 
Riak Sastera DArussalamHikmahTiada1994 
Riak Gelombang Sastera MelayuDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1984 
Riak merahDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1994983-62-4379-8
Riak Kabus Danau ManinjauDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1999983-62-5993-7
12

Kembali ke atas