Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.kun] | روکون

Definisi : Ar 1. = ~ Islam = ~ agama dasar atau tiang agama Islam (syahadat, sembahyang fardu, zakat, puasa Ramadan, dan me­nger­jakan haji); menunaikan ~ yg kelima me­nger­­ja­kan ibadat haji; 2. dasar, tiang, asas, sen­­di: negara yg mengamalkan ~-~ de­mokrasi; 3. sesuatu yg diharuskan, syarat: seseorang yg hendak membuka kedai runcit perlu mempunyai tiga syarat atau ~ spt yg dinyatakan di bawah ini; ~ fikli rukun yg berupa perbuatan dlm ibadat (rukuk dan sujud dlm sembahyang, tawaf dlm ibadat haji, dll); ~ hidup syarat hidup; ~ iman percaya akan Allah (malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-Nya, hari kiamat, dan untung baik dan buruk drpd Allah); R~ Negara falsafah negara Malaysia yg mendukung lima prinsip penting, iaitu kepercayaan kpd Tuhan, ke­setiaan kpd raja dan negara, keluhuran per­lembagaan, kedaulatan undang-undang, serta kesopanan dan kesusilaan; ~ syarak asas dan hukum agama Islam; ~ syarat Mn sesuatu yg harus diadakan mengikut adat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.kun] | روکون

Definisi : 1. tenang dan tenteram, aman (per­hubungan, persahabatan, dll), tidak ber­tengkar dll: ia ingin kembali hidup ~ dgn isterinya; hidup ~ damai dlm masyarakat berbilang bangsa di Malaysia; 2. bersatu hati, bersepakat, berseia dan bersekata: ingin memberikan sumbangan kita supaya semua bangsa di dunia ini hidup ~; 3. persatuan yg bertujuan utk bantu-membantu; ~ kampung Id persatuan penduduk kampung; ~ tani Id persatuan kaum tani; ~ tetangga Id persatuan antara orang-orang yg berjiran (bahagian drpd rukun kampung); merukunkan 1. menyebabkan damai (aman dll), mendamaikan: siapa yg dapat ~ dua beradik yg berselisih itu? 2. menjadikan bersatu hati (bersepakat dll), menjadikan bersepakat: penduduk tempat itu tidak dapat dirukunkan dgn cakap-cakap biasa sahaja tetapi harus dgn usaha-usaha yg positif drpd kerajaan; kerukunan 1. perihal hidup rukun, ke­se­pakatan: ~ hidup dlm masyarakat; 2. pe­rasaan rukun (bersatu hati). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.kun] | روکون

Definisi : 1 = ~ Islam (agama) dasar agama Islam yg lima (iaitu mengucap dua kalimah syahadat, bersembahyang lima waktu, berpuasa dlm bulan Ramadan, mengeluarkan zakat dan naik haji). 2 sesuatu yg mesti diamalkan; syarat: Hidup tolong-menolong menjadi salah satu ~ hidup. ~ fikli rukun yg berupa perbuatan dlm ibadat (spt rukuk, sujud dlm sembahyang, sai dlm ibadat haji). ~ haji perkara-perkara yg mesti dilaksanakan sewaktu mengerjakan ibadat haji dan jika tertinggal, hajinya tidak sah. ~ iman perkara yg menjadi dasar iman seseorang Islam (iaitu percaya akan Allah, malaikat, rasul, kitab, hari kiamat serta qada dan qadar). ~ kalbi rukun yg berupa niat dlm ibadat sembahyang dll. ~ kauli rukun yg berupa bacaan dlm ibadat sembahyang (spt fatihah). ~ negara prinsip kenegaraan yg lima bagi negara Malaysia (iaitu Kepercayaan kpd Tuhan, Kesetiaan kpd Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ru.kun] | روکون

Definisi : 1 tidak bergaduh dll; aman dan tenteram; damai (bkn persahabatan dll). 2 tolong-menolong antara satu dgn yg lain; bersatu hati; bersepakat: Mereka semuanya hidup ~. 3 perkumpulan atau persatuan yg berdasarkan tolong-menolong dan persahabatan: ~ tetangga persatuan penduduk yg berjiran. merukunkan 1 menjadikan aman atau damai; mendamaikan: Tiada sesiapa yg dpt ~ dua beradik yg berselisih itu. 2 menjadikan bersepakat atau bersatu hati: Inilah satu-satunya jalan utk ~ kakitangan di jabatan ini. kerukunan perihal atau keadaan rukun; kesepakatan; kedamaian: ~ hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rukun (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan dasar, asas, teras, sendi, nadi, tiang, pokok, prinsip.,

Peribahasa

Di mana kelintung berbunyi,
     di situ kerbau tinggal diam.

Bermaksud :

Di mana perintah yang baik, di situ rakyat hidup rukun dan damai; negeri yang aman, ramai penduduknya. kelintung (kelentong) = genta kayu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Rukun Negara dan perpaduan masyarakat Tiada2010978-967-5187-84-1 (set)
Rukun kejayaan keterampilan rahsia minda dan indera manusiaGolden Book Centre Sdn. Bhd.Tiada1993983-72-0053-7
Rukun Islam Tiada1999tiada maklumat
Rukun asas agama IslamPerniagaan JahabersaTiada2005983-170-615-3
Rukun dan BahagiaPenerbitan Angkatan BaruTiada1967 
Rukun NegaraJabatan Penerangan MalaysiaTiada2007983-54-0445-3
Rukun TetanggaJabatan Percetakan NegaraTiada1976 
12 rukun kerja berpasukanUtusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Tiada2006967-61-1812-5
Pondok rukun tetanggaDewan Bahasa dan PustakaTiada1986 
Falsafah rukun Islam: bertali kapada politik ekonomi, sosialPustaka Aman PressTiada1964 
12

Kembali ke atas