Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.mus] | روموس

Definisi : 1. singkatan bagi sesuatu ungkapan yg terdiri drpd beberapa huruf, mis DBP utk Dewan Bahasa dan Pustaka, kependekan; 2. (Kim) seperangkat simbol yg terdiri drpd huruf, atau huruf dan angka yg menunjukkan komposisi unsur sesuatu bahan, mis rumus utk karbon monoksida ialah CO, dan ammonia ialah NH3, formula: ~ kimia utk air ialah H2O; 3. (Mat) aturan, prinsip, hubungan dsb matematik yg dinyatakan dlm bentuk simbol, formula: ~ utk mencari ukuran luas segi empat bujur = panjang lebar = pl; merumuskan 1. memendekkan atau me­ring­­kas­kan (perkataan): UMNO dirumuskan drpd kata-kata Inggeris United Malay National Organisation; 2. menyatakan sesuatu (spt hukum dll) dgn rumus: tambahan peraturan syarikat patut dirumuskan berdasarkan undang-undang; hukum Boyle boleh juga dirumuskan secara hisab; 3. menyebutkan (menyatakan, mengumumkan) sesuatu dgn ringkas lagi tepat: hanya kepemimpinan berwibawalah yg sanggup ~ keputusan terakhir; rumusan pernyataan atau kesimpulan tentang soal-soal pokok (ketetapan, pendirian, dll) yg dinyatakan secara ringkas dan tepat: tegasnya bolehlah kita membuat ~ spt ini; perumusan perihal (perbuatan, proses) me­rumuskan, pernyataan yg ringkas lagi tepat: ~ teori-teori baru; perumus orang yg merumuskan sesuatu per­kara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.mus] | روموس

Definisi : , = rumusan 1 ringkasan drpd apa-apa yg telah dibicarakan; kesimpulan; inti keseluruhannya: Mereka membuat beberapa ~ dlm pertemuan itu. 2 ringkasan perkataan atau kumpulan perkataan (spt DBP utk Dewan Bahasa dan Pustaka); kependekan; huruf potong. 3 ringkasan hukum atau formula dlm matematik, ilmu kimia dll yg dilambangkan oleh huruf, angka dll: ~ kimia utk air ialah H20. merumuskan 1 membuat rumusan ttg sesuatu; menyatakan dgn ringkas dan tepat ttg sesuatu: Perkara itu dirumuskan dgn teliti. 2 meringkaskan perkataan dll; memendekkan: Mereka ~ Universiti Kebangsaan Malaysia dgn UKM saja. 3 menyatakan sesuatu hukum dll dgn rumus: Hukum Boyle dpt dirumuskan secara hisab. perumusan perihal (perbuatan) merumuskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rumus
Kata Terbitan : rumusan, merumuskan,


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Rumus di Hatinya Tiada2014978-967-430-116-3
Ulasan Buku Daripada Deriarasi Rumus Tatatingkat Kekangan / Canggihnya Bahasa MelayuDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2015 
Aspek fonologi bahasa Melayu daripada derivasi rumus kepada tatatingkat kekanganDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2014978-983-46-0753-1
Aspek fonologi bahasa Melayu: daripada derivasi rumus kepada tatatingkat kekanganDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2013978-983-46-0753-1
Sintaksis Bahasa Melayu: Suatu Huraian Berdasarkan Rumus Struktur FrasaAgensi Penerbitan NusantaraTiada1990967-9900-15-0
Sintaksis Bahasa Melayu : suatu huraian berdasarkan rumus struktur frasaNusantaraTiada1990 

Kembali ke atas