Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj binatang yg tanduknya bercabang-cabang dan memakan tumbuh-tumbuhan, menjangan, Cervus equimus; jenis-jenisnya: ~ babi, ~ balas, ~ dandi, ~ nibung; ~ di hutan, kancah sudah terjerang prb barang sesuatu yg belum pasti didapat sudah direka-reka akan gunanya; mati ~ kerana jejak, mati kuau kerana bunyi prb mendapat bencana kerana perbuatannya atau sesuatu yg menjadi kemegahannya; mati ~ kerana tanduknya prb mendapat kecelakaan kerana sesuatu yg menjadi kemegahannya; spt ~ kena tambat prb selalu dlm keluh-kesah; spt ~ masuk kampung prb tercengang-cengang; tak akan rintang ~ oleh tanduknya prb tidak terganggu seseorang yg cekap itu drpd melakukan pekerjaannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rusa I

Puisi
 

Rusa ini rusa berdua,
     Terbit makan rumput manisan;
Tiada jodoh kita berdua,
     Boleh anak kita berbesan.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Rusa dijumpai tiada dikejar.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah, f. Kura-kura kakinya tiada basah, g. Mendapat pisang terkubak).

 

Lihat selanjutnya...(18)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Rusa hikmatSinaran Bros LimitedTiada[19??] 
Rusa dan harimauPustaka BersatuTiada1965 
RusaDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Rusa yang terdapat di Zoo NegaraDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Rusa, Menyambut Hari KrismasDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Anak Rusa Tewaskan GajahDewan Bahasa dan PustakaTiada2016978-983-49-0364-0
Penternakan rusaDewan Bahasa dan PustakaTiada2009 Cetakan 2015978-983-46-0122-5
Kenapa rusa tanduknya bercabangUtusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Tiada2004967-61-1540-1
Anak rusa yang cerdik Tiada1986967-80-007-5
Si rusa bertanduk cantikGaleri Ilmu Sdn. Bhd.Tiada20099789830971957
1234

Kembali ke atas