Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.bar] | صبر

Definisi : 1. betah menahan penderitaan (kesakit-an, kesusahan, dll): segala seksaan diterimanya dgn ~; 2. tidak terburu-buru, tenang: ia menanti dgn ~ ketibaan suaminya; ~ itu separuh drpd iman; bersabar = ~ hati bertenang (fikiran, perasaan, dll), bersifat sabar: “ceritalah segera,” desak Noor Hamidah seolah-olah tidak dapat hendak ~ lagi; menyabarkan 1. menahan kesusahan (kesedih-an, kemarahan, dll) dgn sabar, menenangkan perasaan (fikiran dll): maka marahlah ia, akan tetapi masih disabarkannya lagi; ~ hati menahan hati (marah dll); 2. menahan orang (lain) drpd marah dll, meredakan perasaan orang yg sedang marah dll, membuat orang bersabar: Abang Mat ~ ibuku yg di kemuncak kemarahannya; tersabar sanggup atau boleh bersabar: Mak Haji tidak ~ lagi hendak mendengar berita itu; kesabaran perihal sabar: mengajar membaca muzik berkehendakkan ~, ketekunan, dan ke-pandaian guru; penyabar 1. orang yg sabar; 2. sabar: isteri yg ~ itu hampir tidak pernah kering air mata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.bar] | صبر

Definisi : 1 tidak lekas marah atau tidak lekas putus asa; kuat menghadapi se­suatu kesakitan dll: Dia telah menerima segala seksaan itu dgn ~. 2 tidak terburu-buru atau tidak terkejar-kejar; tidak mudah berasa risau: ~, jangan tergopoh-gopoh berbuat sesuatu. bersabar, = ~ hati berlaku sabar; bersifat sabar: Kita hendaklah ~ ketika menghadapi sebarang kesulitan. menyabarkan 1 meng­hadapi sesuatu kesulitan dgn sabar; menderita sesuatu dgn sabar; bersabar terhadap: Dia tidak dpt ~ segala kecaman yg dilemparkan kpdnya. 2 membuat orang bersabar; meredakan orang yg sedang marah dll; menjadikan bersabar: Dica­rinya akal utk ~ ibunya yg sedang marah. ~ hati menahan marah; mengawal perasaan supaya bersabar. kesabaran keadaan atau sifat sabar: ~nya hilang apabila melihat pemuda itu menumbuk adiknya. penyabar 1 bersikap tidak mudah marah; bersikap selalu tenang: Orang yg ~ tidak mudah mendapat seteru. 2 orang yg sabar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sabar

Puisi
 

Hari redup membuat gambar,
     Gambar dibuat dengan cermat;
Hidup kita mahu sabar,
     Baru kita dapat selamat.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Sedikit-sedikit tekun,
     lama-lama menjadi bukit.

Bermaksud :

Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sehari selembar benang, lama-lama jadi sehelai kain).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Sabar dalam Islam Tiada1992 
Sabar dan syukur daripada perspektif pengurusan organisasiPTS Publications & Distributors Sdn BhdTiada2001967-61-1235-6
Sabar BohariDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Balasan sabarSaudara Sinaran BerhadTiada  
Hakekat sabar dan pahalanyaAlharamainTiada1980[t.m.]
Taubat sabar dan syukurPustaka NasionalTiada1977 
Taubat sabar dan syukurSingapuraTiada1977 
Orang yang sabarDewan Bahasa dan PustakaTiada20079789836298140
Orang yang sabarDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1993983-62-3576-0
Labah-labah yang sabarInstitut Terjemahan Negara Malaysia BerhadTiada20069830681742
12

Kembali ke atas