[saji] | ساجي
Definisi : makanan yg telah dihidangkan (sedia utk dimakan): dibubuhnya ~ dan dipasangkan setanggi; tudung ~ penutup hidangan; bersaji sl menghidangkan makanan, menye-diakan (mengatur) makanan: maka Benda-hara menyuruh ~ nasi akan memberi makan segala orang banyak itu; menyajikan 1. menghidangkan makanan: Mak Andeh masih sibuk ~ hidangan; 2. ki memberikan (karangan, hiburan, dll), mem-persembahkan, mengetengahkan: di samping cerpen-cerpen asli, disajikan juga cerpen-cerpen terjemahan; tersaji sedia disajikan, telah disajikan: mi yg ~ itu pun disudunya dgn penuh selera; ini jelas terlihat pd sejumlah besar karya cerpen yg ~ dlm antologi ini; sajian 1. sesuatu yg disajikan, hidangan makanan; 2. persembahan (cerita dll); persajian perihal bersaji: upacara ~ korban; penyajian 1. perihal (perbuatan dsb) menyaji-kan; 2. (ERT) perkhidmatan membekalkan dan menyajikan makanan utk sesuatu majlis; penyaji orang yg menyajikan makanan dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[saji] | ساجي
Definisi : makanan yg sudah terhidang utk dimakan: tudung ~ penutup hidangan yg dibuat drpd daun mengkuang dll. menyajikan menghidangkan (makanan dsb); menyediakan (makanan dsb) di meja dll: Tuan rumah telah ~ berbagai-bagai makanan utk kami. sajian makanan yg disajikan. penyajian 1 perbuatan atau hal menyajikan. 2 perkhidmatan membekalkan dan menyajikan makanan utk sesuatu majlis. penyaji orang yg menyajikan makanan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)