Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. pendapat yg hanya diagak-agak sahaja, dugaan, kira: pd ~nya tuan hamba berani; mak cik ~ saya yg mencuri getah mak cik?; tiada ~ sl tiada terkira (terperi, terkhabar, dll); 2. keraguan, kekhuatiran, syak, waham: timbul syak dan ~ dlm hatinya; bersangka 1. mengira, menaksir, menduga, mengagak: janganlah sekali-kali tuan-tuan yg membaca surat ~ bahawa aku memuji diriku; 2. menaruh syak, berasa sangsi, ragu-ragu, waswas: jangan kita mudah ~ buruk terhadap orang lain; menyangka 1. menduga, mengira: ada orang ~ bahawa kanak-kanak lebih senang meng-ingat sesuatu drpd orang dewasa; 2. menaruh syak, mencurigai: biarlah orang lain ~ jahat akan ibu; 3. menganggap spt, mengira sbg; yg disangka tidak menjadi, yg diam boleh ke dia prb orang lain yg berikhtiar, orang lain pula yg memungut hasilnya; tersangka 1. diduga, dikira; 2. disyaki, dicurigai; sangkaan, persangka, persangkaan apa yg disangka, dugaan, kira-kiraan, curiga, syak: janganlah kamu menaruh ~ yg buruk-buruk; apa dipedulikan pd persangkaan orang terhadap kita; penyangka orang yg menyangka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj lokan yg besar (utk dibuat serunai atau tetuang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 pendapat yg hanya diagak-agak saja; pendapat yg tidak muktamad: Pd ~nya, dialah yg pandai sekali. 2 rasa kurang percaya akan sesuatu; rasa ragu-ragu: Timbul syak dan ~ dlm hatinya. menyangka 1 membuat sesuatu ke­­putusan dgn mengagak-agak saja; menduga: Orang ~ dialah yg menembak harimau itu. 2 menaruh syak atau ragu-ragu; mencurigai: Biarlah orang lain ~ aku ini jahat. sangkaan apa-apa yg disangka; dugaan: ~ kami itu tidak betul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sangka

Puisi
 

Anak Cina pergi ke hutan,
     Pergi ke hutan memburu rusa;
Teras gaharu sangka bukan,
     Salah pandang rosak binasa.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Pada sangka pohon beringin,
     kiranya tersandar di punggur lapuk.

Bermaksud :

Pada sangka beristeri (bersuami) orang kaya, kiranya beristeri (bersuami) orang miskin.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Salah sangkaPenerbit Pan Earth Sdn. Bhd.Tiada1983 
Siapa sangkaGeliga LimitedTiada1958 
Akibat salah sangkaDewan Bahasa dan PustakaTiada20109789834605599
Harapan dan sangka Tiada1993979-523-156-1

Kembali ke atas