Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ri] | ساري

Definisi : 1. pati drpd sesuatu (makanan, buah-buahan, dll): ~ susu; 2. bahagian yg penting (drpd karangan, berita, pelajaran, dll), isi pokok; ~ kata terjemahan dialog dlm filem yg disiarkan serentak dgn tayangan filem berkenaan; inti ~ pokok, isi; 3. = serbuk (tepung) ~ Id debunga (pd tumbuh-tumbuhan); ~ bunga kelopak bunga; menyarikan 1. menghisap madu dr sari bunga (kumbang, rama-rama, dll); 2. memetik pati sahaja (drpd karangan, berita, dll), meng-ikhtisarkan; penyarian perbuatan (proses) memetik isi drpd karangan, berita, dll: ~ data. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ri] | ساري

Definisi : sl bunga: puspa~; sang lir ~ tuan yg spt bunga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ri] | ساري

Definisi : sj pakaian tradisional wanita India; bersari memakai sari: wanita India yg ~ biru itu ialah rakan sekuliah saya dahulu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ri] | ساري

Definisi : 1 isi yg terbaik drpd sesuatu ben­da spt susu, buah-buahan: ~ susu. 2 bahagian yg terpenting drpd sesuatu karangan dll; isi. 3 = tepung (serbuk) ~ butir-butir bunga yg merupakan benih jantan; debunga pd tumbuh-tumbuhan. ~ bunga kelopak bunga yg berwarna-warni. ~ kata terjemahan dialog drpd filem asing yg terdapat pd bahagian bawah skrin. ~ salut bahagian bunga yg di sebelah luar termasuk sari bunga dan salut bunga. menyarikan 1 mengambil sari atau apa-apa yg terpenting drpd sesuatu karangan dll. 2 menghisap atau mengambil madu dan sari dr bunga (oleh kumbang dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.ri] | ساري

Definisi : bunga: taman ~ taman bunga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sa.ri] | ساري

Definisi : 1 kain panjang yg dipakai oleh kebanyakan wanita India. 2 pakaian tradisional wanita India (Pakistan dsb) yg terdiri drpd kain panjang yg dililitkan pd badan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sari (kata nama)
1. Bersinonim dengan pati: ekstrak, biang,

2. Bersinonim dengan inti: isi, inti sari, asas, pokok, akar, tonggak, umbi, tema, motif, buah, tajuk, manduk, judul,

Kata Terbitan : menyarikan,

Puisi
 

Sari manis tangguli manis,
     Manis bercampur air tebu;
Hari-hari gila menangis,
     Musim pabila kan bertemu.


Lihat selanjutnya...(4)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Sari sejarah filsafah barat 1Penerbitan NadiahTiada1994979-413-146-6
SARI: Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun MelayuInstitut Alam dan Tamadun MelayuTiada20090127-2721
Sari sejarah kesusasteraan Melayu-Indonesia (tradisi-moden)Adabi Publishing Sdn. Bhd.Tiada1986967-62-0253-3
SARI: Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun MelayuInstitut Alam dan Tamadun MelayuTiada20110127-2721
SARI: Jurnal alam dan tamadun Melayu, jil. 27, bil. 2, Disember 2009Institut Alam dan Tamadun MelayuTiada20090127-2721
Sari sejarah kesusasteraan Malaysia-IndonesiaPenerbitan AdabiTiada1979 
SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 2007UKM BangiTiada20070127-2721
Sari literatur Jawa : abstract of Javanese literaturePerpustakaan NasionalTiada19919798006194
Sari: jurnal Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu: jil.6 ,Julai 1988Universiti Kebangsaan MalaysiaTiada1988 
Sari sejarah filsafah barat 2Penerbitan NadiahTiada1995979-413-060-5
12345678910...

Kembali ke atas