Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sau.da.gar] | ساوداݢر

Definisi : orang yg berniaga atau berdagang; ~ keliling penjual yg menjaja jualannya dr satu tempat ke satu tempat; ~ minyak urat orang yg pembohong (orang yg berniaga utk orang lain tetapi mengaku perniagaannya sendiri dll); ~ pengantara Id orang tengah (dlm perniagaan), saudagar penghubung saudagar besar dgn saudagar kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sau.da.gar] | ساوداݢر

Definisi : orang yg berniaga atau ber­dagang secara besar-besaran: ~ bijih timah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saudagar

Puisi
 

Ambil galah jolok jantung,
     Jatuh sebiji tepi paya;
Saudagar tidak beruntung,
     Hendak mengadu dagang saya.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Perut besar,
     entah anak entah tahi.

Bermaksud :

Saudagar yang besar perniagaannya, entah modal sendiri, ataupun modal pinjaman.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Saudagar Besar Dari Kuala LumpurRadio Televisyen MalaysiaTiada2006 
Saudagar VeniceHasrat PelajarTiada1977 
Saudagar tikusPrestonTiada[19??] 
Saudagar besar dari KLDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2006 
Saudagar Bahrum yang pemurahPenerbitan Kintan sdn. Bhd.Tiada19939838190268
Saudagar IndonesiaQalamTiada  
Saudagar Besar dari Kuala LumpurDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2006 
Saudagar besar dari Kuala LumpurDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1988983-62-0366-4
Saudagar besar dari Kuala LumpurDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2013978-983-62-0366-3
Saudagar besar dari Kuala LumpurDewan Bahasa dan PustakaTiada20109789836203663
1234

Kembali ke atas