Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.dang] | سدڠ

Definisi : 1. tengah (ketika, masih) melakukan sesuatu lagi, masih: saya ~ mencuci tangan; ia ~ sakit; 2. sementara, dlm pada itu, dlm waktu itu, ketika itu: matahari itu nampak berwarna merah walaupun ~ rembang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.dang] | سدڠ

Definisi : 1. menengah, tidak besar (kaya, cantik, dll) dan tidak kecil (miskin, buruk, dll), berpatutan: sejak pagi tadi angin bertiup ~; pendapatannya ~ sahaja; 2. cukup, luma-yan, pada: baju ini ~ utk saya; 3. bersahaja, sederhana, tidak berlebih-lebihan: kepintaran-nya ~ saja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.dang] | سدڠ

Definisi : = sedangkan 1. sekalipun, walau-pun, meskipun: belum pernah ia merasai hidup senang spt perempuan lain ~ cinta kasihnya tiada berkurang-kurang kepadaku; sedang-kan binatang yg tidak berakal itu lagi dapat diajar oleh manusia; 2. padahal, walhal: dapatkah ia menolak kemungkinan itu sedang-kan ia lemah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.dang] | سدڠ

Definisi : ketika masih melakukan sesuatu; masih dlm sesuatu keadaan: Isterinya ~ mengandung. Ketika dia tiba tadi, saya ~ membaca akhbar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.dang] | سدڠ

Definisi : 1 tidak berlebih-lebihan keadaannya (spt tidak terlalu besar dan tidak juga terlalu kecil); menengah atau sederhana keadaannya: Pendapatannya ~ saja. Rumah saya ~ besarnya. 2 ber­patutan atau berpadanan; cukup; pa­dan: Baju ini ~ utk saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.dang] | سدڠ

Definisi : , = sedangkan 1 sung­guhpun; walaupun; sekalipun: ~ bah, kapar tak hanyut, inikan pula, kemarau panjang. 2 padahal; walhal: Bagaimana aku hendak menolongmu, ~ diriku sendiri pun serba kekurangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sedang (kata tugas)
Bersinonim dengan tengah, ketika, masih; sementara, dalam pada itu,
Kata Terbitan : sedang2, sedang3, sedangkan,

Puisi
 

Sedang manis buahmu mubingu,
     Manislah lagi buah embacang;
Sedang baik kasihmu dahulu,
     Baiklah lagi kasih yang mendatang.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Hari ini sedang panas panjang,
     kacang telah lupakan kulitnya.

Bermaksud :

Orang miskin jadi kaya, lupa akan dirinya.

 

Lihat selanjutnya...(34)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Sedang jam berdetikStudy AidsTiada1977 
Sedang Tuhanpun cemburuSipressTiada1995979-8251-06-7
Tuhan Sedang Menguji Kita Tiada20159789678603980
Guru Sedang MengajarDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Wartawan sedang bertugasDewan Bahasa dan PustakaTiada1988 
Petani sedang bersawahDewan Bahasa dan PustakaTiada1995 
Kantin sedang dalam pembinaanDewan Bahasa dan PustakaTiada1992 
Lilin sedang menyalaDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Budak sedang sembahyangDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Guru sedang mengajarDewan Bahasa dan PustakaTiada  
12345

Kembali ke atas