Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.di.kit] | سديکيت

Definisi : tidak besar jumlahnya; tidak banyak: Banyak bekerja ~ bercakap. Wang simpanannya sudah tinggal ~ saja lagi. ~ banyak sedikit atau banyak (utk me­nyatakan jumlah yg tidak tentu ba­nyaknya); lebih kurang. sedikit-sedikit 1 tiap-tiap kali sedikit; sedi­kit demi sedikit: ~, lama-lama men­jadi bukit. 2 walaupun sedikit. menyedikitkan membuat menjadi se­dikit; mengurangkan supaya sedikit; mengecilkan: ~ belanja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.di.kit] | سديکيت

Definisi : tidak banyak (bkn bilangan, nilai, kadar dll): Beri saya nasi ~. Kuih itu manis ~. ~ banyak lebih kurang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sedikit

Puisi
 

Sayang dewa membuang dewi,
     Sedikit kapur banyak gambir;
Banyak bohong buat sendiri,
     Sedikit tutur banyak sindir.


Lihat selanjutnya...(81)
Peribahasa

Sehari selembar benang,
     lama-lama jadi sehelai kain.

Bermaksud :

Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit).

 

Lihat selanjutnya...(106)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Sedikit-sedikit menjadi bukitPenerbit Kebangsaan Pustaka RakyatTiada  
Sedikit di atas cinta Tiada2013978-602-8997-74-4
Sedikit sahaja & sajak-sajak lainCitra Kurnia EnterpriseTiada2011978-967-5378-08-9
Sedikit tentang persoalan pengajaran bahasaPusat Pembinaan dan Pengembangan BahasaTiada1972 
Sedikit tentang sedjarah Asia Timoer Raja dan sedjarah Tanah DjawaPusat Dokumentasi MelayuTiada2605 
Berikan daku sedikit cahayaPenerbitan Pena Sdn. Bhd.Tiada1990 
Sajak- sajak Lim Swee Tin dalam deklamasi Sedikit Sahaja[t.p]Tiada1995 

Kembali ke atas