Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sl asal usul (keturunan), salasilah: ~ Melayu; 2. peristiwa yg benar-benar berlaku pd waktu yg lampau, kisah, riwayat, tambo: cerita yg disangka dongeng itu menjadi fakta ~ sesudah dijumpai bukti-bukti yg me­ngesahkannya; 3. = ilmu ~ kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa-peristiwa yg telah lalu, tawarikh: ~ Tanah Melayu; ahli ~; ~ umum sejarah mengenai seluruh dunia; bersejarah 1. ark menanyakan asal usul, mengusul: sungguh, lebih baik hamba ~ dgn dia; 2. mengandungi sejarah, termasuk dlm sejarah: Melaka ialah sebuah bandar yg ~; menyejarahkan meriwayatkan, mengisah­kan; kesejarahan perihal sejarah: watak perwira Hang Tuah dilukiskan dgn amat terbatas sekali, sesuai dgn ~nya dlm Sejarah Melayu; persejarahan perihal sejarah, yg berkaitan dgn sejarah: hakikat keilmuan dan ~ yg ditunjukkan oleh al-Quran; penyejarahan penulisan sejarah: Raja Ali Haji membawa suatu unsur baru dlm ~ Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 hal yg benar-benar berlaku pd masa yg telah lalu; peristiwa yg benar-benar telah berlaku: ~ kemenangan tentera Islam yg diketuai oleh Nikman itu menjadi kenangan umat Islam seluruhnya. 2 = ilmu ~ pengetahuan atau kajian ttg peristiwa-peristiwa yg telah lalu; tawarikh: ~ Tanah Melayu. bersejarah ada sejarahnya; akan menjadi sejarah: 31 Ogos 1957 ialah hari yg ~ bagi rakyat Persekutuan Tanah Melayu. me­nyejarah menjadi sbg sejarah; me­rupakan catatan, rakaman dsb dlm sejarah: Peristiwa penting itu akan terus ~ dlm kehidupan kita. menyejarahkan mengisahkan; meriwayatkan: Mereka ~ peristiwa itu lalu dipersembahkan dlm filem. kesejarahan perihal bercirikan sejarah: Kisah itu dipaparkan sesuai dgn ~nya. persejarahan hal berkaitan dgn sejarah. penyejarahan perbuatan atau hal menyejarahkan. sejarawan ahli se­ja­rah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sejarah (kata nama)
1. Dalam konteks sastera lama
bersinonim dengan asal usul, salasilah, asal keturunan, susur-galur, asal-usul, surih-surih, titisan darah, silah-silah,

2. Bersinonim dengan peristiwa: kisah, riwayat, tambo, tawarikh, babad, teromba,

Kata Terbitan : bersejarah, mensejarahkan, pensejarahan,


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Sejarah raja-raja Jawa : sejarah kehidupan kraton dan perkembangan di JawaMedia AbadiTiada2007979-99178-3-6
Sejarah dan kesan-kesan sejarah Kuala SelangorTra Tra PublishingTiada1981 
Sejarah Perak: zaman pra-sejarah hingga kedatangan pengaruh orang luarJabatan Muzium dan AntikuitiTiada1977 
Antara sejarah dan mitos: sejarah Melayu dan Hang Tuah dalam historiografi MalaysiaStrategic Information Research DevelopmentTiada2016978-967-0960-14-2
Kongres sejarah MalaysiaPersatuan Sejarah MalaysiaTiada1978 
Malaysia dari segi sejarahPersatuan Sejarah MalaysiaTiada1990 
Sejarah kerajaan-kerajaan Islam secara ringkas dan sejarah Melaka sebagai pusat penyebaran Islam di NusantaraInstitut Kajian Sejarah dan Patriostisme MalaysiaTiada2012978-983-2600-38-1
Sejarah kerajaan-kerajaan islam secara ringkas dan sejarah Melaka sebagai pusat penyebaran islam di nusantara secara ringkasInstitut Kajian Sejarah dan Patriostisme MalaysiaTiada2014978-983-2600-38-1
Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu: suatu mukaddimah mengenai peranan Islam dalam peradaban sejarah Melayu-Indonesia dan kesannya dalam sejarah pemikiran, bahasa dan kesusasteraan MelayuAngkatan Belia Islam MalaysiaTiada1990967-940-037-9
Sejarah Malaysia 1400-1963Penerbitan Utusan MelayuTiada1976 
12345678910...

Kembali ke atas