Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lén.dang] | سليندڠ

Definisi : (seléndang) kain panjang utk menutup kepala (leher, bahu): kusebaikan ~ku di atas bahu; ~ dunia prb orang kaya yg dermawan atau pemurah dan orang muda perhiasan dunia (utk pujian sahaja); berselendang memakai selendang: seorang perempuan muda bertocang dua dan ~ kain kasa kuning; menyelendangi mengenakan (memakai) se-len­dang pd; menyelendangkan, memperselendang me­makai atau menggunakan sesuatu sbg selen-dang, menyibaikan di bahu sbg selendang: ~ tuala ke bahu; terselendang terletak, tergantung: beg yg ~ pd bahu Nani. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lén.dang] | سليندڠ

Definisi : /seléndang/ kain panjang utk menutup kepala atau bahu (biasanya dipakai oleh orang-orang perempuan). berselendang memakai selendang. menyelendangkan menyebaikan se­su­atu ke bahu sbg selendang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selendang (kata nama)
Bersinonim dengan tudung, kelubung, kelumbung, mafela, sal, syaf, selempang, sampur, sabuk;,
Kata Terbitan : berselendang, menyelendangi,

Puisi
 

Selendang mayang dari Bali,
     Pakaian anak tuan puteri;
Jangan dikenang orang yang pergi,
     Orang yang dekat sudah menanti.


Lihat selanjutnya...(8)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Selendang pelangiBalai PustakaTiada1986 
Selendang Sutera dari Malaya dan drama-drama Lain Tiada2009978-983-44354-3-1
Selendang delima djilid I Tiada1961 
Selendang Delima : hikayatOscar Book InternationalTiada2002967-941-493-0
Selendang AnumDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1991983-62-2080-1
Selendang pelangi: antologi puisi 17 perempuan penyair IndonesiaIndonesiateraTiada2006979-775-0005-1
Selendang Delima Tiada[19??] 
Selendang merahGranitTiada2000979-669-959-1
Selendang sutera di kaki pelangiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1993983-62-3477-2
Selendang SuteraCreative EnterpriseTiada2001983-893-116-0
123

Kembali ke atas