Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.li.di/] | سليديق

Definisi : teliti dan cermat: terlalu rajin ia be-lajar bahasa Melayu serta dgn ~nya; menyelidik, menyelidiki 1. memeriksa sesuatu yg belum terang, menyiasat utk men-dapat keterangan dsb tentang sesuatu: bebe-rapa orang pakar sedang ~ kemung­kinan agama Islam dibawa dr negeri China ke Tanah Melayu; 2. mempelajari sungguh-sungguh (utk mengetahui sesuatu): biarlah aku selidiki buku-buku ini, barangkali fikiran dan mataku akan lebih terang; 3. mengintip (mengintai) musuh, menyuluh; penyelidikan perbuatan menyelidik, peme­riksaan: ~ telah pun dijalankan tentang kanak-kanak; penyelidik 1. orang yg menyelidiki (mem­pelajari dgn sungguh-sungguh) sesuatu: Raja Ali Haji dapat dikatakan seorang ~ yg cermat; 2. pengintip, penyuluh, peluluk: komandan daerah gerila telah mengirim ~ ke segenap kampung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.li.di/] | سليديق

Definisi : cermat serta teliti ketika me­lakukan sesuatu: Dia telah menyiasat hal itu dgn ~nya. menyelidik 1 menyiasat utk mencari keterangan ttg sesuatu: Mereka sedang ~ sama ada perkara itu benar atau tidak. 2 mempelajari dgn sungguh-sungguh (utk mengetahui): Dia telah pergi ke kawasan itu utk ~ cara hidup orang di situ. 3 mengintai musuh; mengintip. penyelidikan perbuatan atau hal menyelidik; pemeriksaan: ~ ttg penyakit malaria telah dilakukan pd awal kurun kedua puluh. penyelidik 1 orang yg menyelidik atau mempelajari sesuatu dgn sungguh-sungguh: Dia bekerja sbg Pegawai ~ Kaji Tumbuh-tumbuhan di Pusat Penyelidikan Getah. 2 orang yg mengintip musuh; pengintip; penyuluh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selidik
Kata Terbitan : menyelidik, penyelidikan, penyelidik,

Peribahasa

Jika tidak dipecah ruyung,
     di mana boleh mencapat sagu.

Bermaksud :

Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan, b. Kurang sisik, tinggal lidi di buku; kurang selidik, tinggal kaji di guru, c. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Kaji selidik penggumaan Bahasa Malaysia di institusi pengajian tinggiDewan Bahasa dan PustakaTiada1990 
Soal Selidik Kajian PeristilahanPusat Dokumentasi MelayuTiada2003 
Kaji Selidik Minggu Bahasa Melayu di Eropah Tiada2002 
Soal Selidik Kajian PeristilahanDewan Bahasa dan PustakaTiada2003 
Laporan kaji selidik penggunaan bahasa Malaysia di institusi pengajian tinggiDewan Bahasa dan PustakaTiada19929836222421
Laporan kaji selidik penggunaan bahasa Malaysia di institusi pengajian tinggiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1989 
Laporan kaji selidik penggunaan Bahasa Melayu dalam bidang kewangan dan bankDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1993 
Laporan kaji selidik penggunaan bahasa Melayu dalam bidang kehakiman dan undang-undang: jil. 1 - penemuan dan analisa kajianDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1991 
Laporan kaji selidik penggunaan bahasa Melayu dalam bidang kehakiman dan undang-undangDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1992983-62-2730-x
Laporan kaji selidik penggunaan Bahasa Melayu dalam bidang kewangan dan bankDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1995983-62-4574-X
123

Kembali ke atas