[sem.bu.nyi] | سمبوڽي
Definisi : ; main ~ sj permainan menyorok dan mencari, main cari-carian; ~ tuma kepala tersorok ekor kelihatan prb menutup perbuatan jahat yg telah diketahui ramai; lempar batu ~ tangan prb berbuat se-suatu kejahatan dan kemudian berpura-pura tidak tahu-menahu; sembunyi-sembunyi dgn tidak diketahui orang, (secara) diam-diam, (secara) senyap-senyap: dia masuk pertandingan nyanyian secara ~ kerana tidak direstui oleh keluarganya; dgn ~ dgn diam-diam: mereka meninggalkan tempat itu dgn ~; ~ puyuh prb a) menutup perbuatan jahat yg telah diketahui ramai; b) tidak mahu tahu akan perkara yg benar-benar berlaku; sembunyi-sembunyian, bersembunyi-sembunyian bermain menyorok dan mencari-cari; bersembunyi 1. berlindung (diri) supaya tidak kelihatan, menyorok: mereka masuk ~ di dlm rumah Menteri Besar yg telah kosong itu; 2. tidak mengatakan (memberitahukan) dgn sebenarnya, berahsia: jangan kamu ~ lagi, katakan sahaja dgn terus terang; menyembunyikan 1. melindungkan (menutup dll) supaya tidak kelihatan, menyorok-kan: maka Pak Lebai pun sampailah di tempat anjing itu ~ dirinya; di situlah tempat ia ~ hartanya yg baik-baik; 2. tidak mencerita-kan (sesuatu), merahsiakan: ia tidak dapat ~ perasaan hatinya; kerani itu juga mungkin bersubahat ~ rahsia ini; spt harimau ~ kuku-nya prb orang yg hendak menyorok-nyorok-kan kelebihan dirinya; tersembunyi tidak kelihatan, terlindung, dirahsiakan: apakah yg ~ di sebalik kebaikan hatinya itu?; tujuan yg ~ dan kemahuan nafsu yg terpendam; tersembunyi-sembunyi dgn diam-diam (berse-lindung), tersorok-sorok; persembunyian tempat bersembunyi (menyembunyikan): lima bilah pedang telah dijumpai di tempat ~ samseng-samseng di Lorong Pudu; penyembunyian perbuatan menyembunyikan; penyembunyi orang yg menyembunyikan sesuatu: ~ harta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[sem.bu.nyi] | سمبوڽي
Definisi : tidak dpt dilihat kerana terlindung. sembunyi-sembunyi secara tidak dpt dilihat atau tidak diketahui orang: Dia membuat kerja itu ~. bersembunyi berlindung diri supaya tidak dpt dilihat; menyorok: Dia ~ di balik pintu. menyembunyikan 1 menaruh sesuatu supaya tidak dilihat orang; melindungkan; menyorokkan: Budak-budak nakal telah ~ kasutnya. 2 tidak memberitahukan sesuatu; merahsiakan: Janganlah kamu semua hendak ~ perkara itu drpd kami. tersembunyi tidak dpt dilihat atau tidak dpt diketahui; terlindung; tersorok: Mereka menggunakan tongkat besi yg tajam utk mencari telur yg ~ itu. persembunyian 1 tempat menyembunyikan sesuatu; tempat bersembunyi. 2 perbuatan atau hal bersembunyi. penyembunyian perbuatan atau hal menyembunyikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)