Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.mu.la] | سمولا

Definisi : 1. yg dahulu, yg mula-mula, sediakala: orang sakit itu sudah sembuh spt ~; 2. yg paling awal, yg pertama sekali: pendapatnya sekarang ini berlainan dr ~; 3. (sejak) awal, (dr) mula sekali: sejak ~ dia tidak bersetuju; 4. diulang sekali lagi (dr mula), lagi sekali: sejurus kemudian ia merebahkan dirinya ~ di atas katil; 5. balik (spt sediakala), kembali (spt dahulu): perasaan marah dan geramnya telah sejuk ~; membebaskan bandar itu ~ drpd tangan musuh; ~ jadi yg diwarisi baka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.mu.la] | سمولا

Definisi : 1 sekali lagi: Ia terpaksa menulis surat itu ~. 2 balik spt dahulu atau spt sedia kala; kembali spt yg mula-mula (keadaan, tempat dll): Badannya sudah sihat ~ selepas memakan ubat. 3 yg mula-mula; yg pertama sekali: Perangainya sekarang berbeza benar drpd ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mula
Kata Terbitan : mula-mula, semula, bermula, memulakan, memulai, permulaan, pemula,

Puisi
 

Mari kusayur dengan petola,
     Bunga lengkuas berangkai-rangkai;
Kalaulah diulang dari semula,
     Kekasih bertuah tak dapat dipakai.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Bunga layu kembang semula.

Bermaksud :

Orang tua yang bersolek seperti orang muda.

 

Lihat selanjutnya...(8)

489

Promises, like piecrust, are made to be broken

Jangan percaya atau berharap kepada janji kerana ia sering dimungkiri

Titian biasa lapuk, janji biasa mungkir

She promised not to mention the incident again, but promises, like piecrust, are made to be broken. I was shocked and humiliated when she retold the story in front of my fiancée.

Dia berjanji tidak akan menyebut lagi peristiwa itu, tetapi titian biasa lapuk, janji biasa mungkir. Aku sungguh terkejut dan naik malu apabila dia menceritakan semula kisah itu di hadapan tunangku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(18)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Pembinaan semula teori kepimpinan dan kepengurusan rumpun MelayuVirgin BooksTiada2008978-983-2888-73-4
Pembinaan semula teori kepemimpinan dan kepengurusan rumpun MelayuVirgin BooksTiada2010978-983-2888-73-4
Bertemu semula Tiada2012978-967-5158-78-0
Kajian semula Rancangan Malaysia Kedua 1971 - 1975 Tiada1973 
Menyusun semula kualiti di sekolah: reenfineering & total quality in schoolsInstitut Terjemahan Negara Malaysia BerhadTiada2007983-068-141-6
Menyusun semula kualiti di sekolahInstitut Terjemahan Negara Malaysia BerhadTiada2007983-068-141-6
Salinan semula Rakaman Bulan Bahasa Kebangsaan Tahun-Tahun yang lepasDewan Bahasa dan PustakaTiada2011 
Kebangkitan semula dan pembaharuan dalam IslamInstitut Terjemahan Negara Malaysia BerhadTiada2008978-983-068-266-2
Penyembuhan semula jadi dengan herbaPTS Professional Publishing Sdn. Bhd.Tiada2007983-3372-29-5
Kebangkitan semula asiaPelanduk Publications (M) Sdn BhdTiada1999967-978-710-9
12345678910

Kembali ke atas