Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.nam] | سنم

Definisi : = senaman latihan gerak badan: jika seseorang tidak membuat apa-apa senaman, maka darahnya tidak dapat berjalan dgn kuat dan betul; bersenam 1. melakukan latihan gerak badan; 2. ark menggeliat (selepas tidur); menyenamkan menggerakkan bahagian-bahagian badan secara senaman: pd akhir pengurutan, Pak Hassan akan ~ orang yg diurutnya itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.nam] | سنم

Definisi : 1. warna biru tua atau biru kehitam-hitaman: airnya keruh bagai air kerak, warna-nya ~ alamat dalam; 2. ark biru pucat; 3. warna asal (pd barang-barang yg disadur); hilang sepuh nampak ~ prb sesudah terbuka rahsia, diketahui kejahatan (kekurangannya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.nam] | سنم

Definisi : , = senaman latihan gerak badan utk menyihatkan badan; riadah. bersenam 1 melakukan gerak badan dgn cara-cara tertentu. 2 menggeliat ketika bangkit drpd tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.nam] | سنم

Definisi : 1 warna biru tua atau biru kehitam-hitaman: Airnya ~ alamat dalam. 2 warna asal pd barang-barang yg disadur: Hilang sepuh tampak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
senam
Kata Terbitan : senaman, bersenam,

Peribahasa

Hilang sepuh nampak senam.

Bermaksud :

Tampak kejahatannya, sesudah terbuka rahsianya. sepuh = sadur; senam = warna yang asal.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Senam seni Malaysia Tiada2008 
Senam seni Malaysia Tiada2008 
Senam seni 1 Malaysia Tiada2010 
Senam seni 1 Malaysia Tiada2010 
Senam kesegaran jasmaniAksara BaruTiada1985 
Senam Seni di rasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Abdul RazakDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2009 
Senam Seni KebangsaanPusat Dokumentasi MelayuTiada2008 

Kembali ke atas