Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (sérang) Mn silau; keserangan kesilauan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : langgar, serbuan; menyerang 1. mendatangi utk melawan (meng-alahkan, menaklukkan, dll), me­langgar, me-nyerbu: maka Sultan Mansor Shah pun meni-tahkan Bendahara Paduka Raja ~ Pahang; 2. menimpa (penyakit dll), me­nyebabkan sesuatu jadi sakit (rosak dll): penyakit yg datang ~nya itu ialah hasil drpd perbuatan-nya sendiri; 3. ki menentang (spt mengkritik dll), mencela, mencerca: pihak pembangkang telah ~ pihak kerajaan dgn kata-kata yg pedas; serang-menyerang saling membalas serang­an, saling menyerang antara satu dgn yg lain: kedua-dua pihak terus ~; serangan 1. perbuatan menyerang (melanggar, menyerbu, merosakkan, dll): Iskandariah di-ancam oleh ~ tentera Afrika Korps yg dipimpin oleh Jenderal Rommel; 2. kecaman keras secara lisan atau bertulis: dlm buku ini kami hanya melakukan ~ ke atas doktrin mereka; ~ udara serangan bom, misil dsb dr pesawat udara, terutamanya ke sasaran musuh di bumi; penyerangan perihal menyerang (melanggar, menyerbu), penyerbuan: Jepun telah melaku-kan ~nya utk menakluki Malaya; penyerang 1. orang (pihak, pasukan, dll) yg menyerang: pasukan ~ yg dipimpin oleh Panglima Awang telah berjaya mendapat beberapa kemenangan; 2. pemain bola sepak dsb yg menyerang utk menjaringkan gol: ~ pasukan bola sepak itu sentiasa diekori para pemain pertahanan pasukan lawan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; menyerang 1 pergi ke sesuatu tempat utk melawan (me­ngalahkan, menakluk dll); melang­gar; menyerbu: Niat Raja Siam hendak ~ Melaka itu terpaksa dibatalkan. ~ hendap menyerang dgn sembunyi-sembunyi. 2 datang menimpa orang (bkn penyakit dll); menyebabkan orang menjadi menderita: Penyakit taun yg ~ bandar itu telah merenggut sebelas nyawa. serangan serbuan atau tentangan utk menyerang: ~ komunis ke atas balai polis itu telah dpt dipatahkan. ~ jantung terjadinya masalah pd jantung dgn tiba-tiba, biasanya menyebabkan kerosakan pd sebahagian otot-otot jantung, dan kadang-kadang boleh membawa maut. ~ udara serangan bom, misil dsb dr pesawat udara ke sasaran pihak musuh di bumi. penyerangan perbuatan atau hal menyerang. penyerang orang yg menyerang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serang
Kata Terbitan : menyerang, serangan, penyerangan, penyerang,


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Serang hendap Ulu LegongDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20139789834613594
Serang hendapPustaka MudaTiada[????] 
Serang hendapPustaka MudaTiada1966 
Aksara serang dan perkembangan tamadun Islam di Sulawesi Selatan Tiada2012602-7544-44-9
Di-serang tabuanPustaka PendidikanTiada1969 
Pelancaran Novel Perang Serang Hendap Ulu LenggongDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2013 
Majlis Pelancaran Novel "Serang Hendap Ulu Legong"Dewan Bahasa dan PustakaTiada2013 
Geografi dialek sunda di Kabupaten SerangPusat Pembinaan dan Pengembangan BahasaTiada1981 

Kembali ke atas