[se.ro.no/] | سرونوق
Definisi : perasaan yg menyenangkan (menyuka-kan) atau menyedapkan hati, sedap didengar (dilihat dll): mereka berasa ~ membuat lukisan atau pekerjaan tangan; sangat ~ melihat mereka menari; berseronok-seronok bersuka ria, bersenang-senang, bergembira, berfoya-foya: sampai hati dia ~ dgn perempuan lain sedangkan isterinya sedang terlantar sakit di rumah; menyeronokkan menimbulkan rasa seronok (nyaman, enak, dll): bagi orang yg sabar, bunga ini sungguh ~ dan menenteram-kan hati; keseronokan perihal (keadaan, rasa, dsb) seronok, kesedapan sesuatu yg menyebabkan seseorang dsb berasa seronok: kanak-kanak mempunyai kecenderungan dlm pelajaran yg mendatangkan ~ kpd mereka; ketidakseronokan perihal (keadaan, rasa, dsb) tidak seronok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[se.ro.no/] | سرونوق
Definisi : dpt menyenangkan atau menyedapkan hati; sedap; nyaman: Kami pun mandi-manda di pantai itu dgn ~nya. menyeronokkan menyebabkan berasa seronok; menyedapkan; menyamankan. keseronokan 1 hal atau keadaan seronok; rasa seronok: Mereka tidak dpt melupakan ~ semasa percutian itu. 2 berasa seronok: Kanak-kanak itu ~ bermain dan tidak mahu pulang ke rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)