[se.sa/] | سسق
Definisi : 1. tidak lapang (lega, longgar), sempit: bilik itu ~; 2. terlalu penuh (hingga tidak terluang lagi), tumpat (penumpang dlm kenderaan dll): syahadan maka pelabuhan Singapura pun ~lah dgn kapal; 3. tersumbat atau tersekat (perjalanan nafas dll), sendat, senak: nafasnya ~-~ macam dikejar anjing; 4. susah (kehidupan), sempit: ia sentiasa mengambil berat akan ~ sukar dan sakit pening sekalian anak buah; ~ dada (nafas) susah bernafas (kerana sakit, marah, dll), mengah-mengah; ~ kencing berasa hendak membuang air kecil; ~ padat = penuh ~ penuh benar (hingga tidak ada ruangan lagi); ~ berundur-undur, hendak lari malu, hendak menghambat tak lalu prb perihal orang yg tidak dapat melawan seseorang tetapi kerana malunya dilawannya juga; bersesak, bersesak-sesak berasak-asak, berhimpit-himpit, bersempit-sempit: para penonton ramai ~-sesak; ~ bagai ular tidur prb perihal orang yg dlm kesempitan (kerana ditagih hutang dll); menyesak = menyesak-nyesak mengasak, merempuh (di tengah-tengah orang banyak): mata-mata mencuba menyuraikan orang yg ~ di depan rumah; orang itu menyeru kpd seorang pemuda yg sedang ~-nyesak dlm orang banyak; menyesakkan 1. menjadikan sesak (sempit), menyempitkan: tiada ia ~ tempat kita; 2. meminta dgn sangat (supaya mengerjakan sesuatu dll), mendesak: orang kampung ~ dia agar kahwin seorang lagi; 3. menyendatkan (perjalanan nafas dll): hawa terkurung dan lembap di dlm bilik yg kecil itu ~ hidung mereka; 4. menjadikan susah atau sukar (penghidupan), menyukarkan, menyulitkan: jangkanya belum ~, ada lagi harta benda yg boleh dijual atau digadai; tersesak 1. tidak lapang atau tidak lega lagi, terasak, terdesak; 2. dlm kesulitan atau kepayahan: telur biasanya menjadi lauk tambahan apabila kita ~ hendak menjamu rakan-rakan; ~ hidup hidup dlm kesukaran; tersesak-sesak tersekat-sekat (perjalanan nafas dll), teresak-esak (kerana menangis), tersedu-sedu: dia menangis ~ spt budak-budak; ~ padang ke tebing (ke rimba) = ~ undang kpd yg runcing, tak dapat bertenggang lagi prb habis akal bicara hingga tidak ada daya upaya lagi; kesesakan 1. perihal sesak, kesempitan, kesukaran; 2. sangat sesak (sukar, sulit, dll): apabila Datuk Bendahara mendengar perkataan kapitan kapal itu, ~lah ia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[se.sa/] | سسق
Definisi : 1 tidak lapang kawasannya; sempit: Bilik ini ~ benar. 2 terlalu penuh sehingga tidak lapang lagi; sendat benar; tersumbat atau tersekat (bkn perjalanan nafas dll): Bermacam-macam kenderaan ~ di jalan. 3 berasa susah; tidak senang: Hidupnya sudah ~ sekarang. bersesak, bersesak-sesak berhimpit-himpit kerana terlalu penuh; bersempit-sempit: Para penonton ~ di hadapan pentas. menyesak merempuh masuk di tengah-tengah orang banyak: Saya berjaya naik ke gerabak dgn ~ di celah-celah orang ramai. menyesakkan 1 menyebabkan jadi sesak; menyempitkan; menyendatkan. 2 menjadikan susah atau sukar; menyusahkan: Gelema dlm paru-paru ~ pernafasan. kesesakan 1 keadaan sesak; kesempitan: ~ di jalan raya. 2 berasa sangat sesak; menanggung susah: Kompeninya ~ dan hampir tewas berperang dgn Raja Haji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)