Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sia] | سيا

Definisi : ; ikan ~ sj ikan darat, Mystacoleusus mar­ginatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sia] | سيا

Definisi : ; sia-sia tidak ada gunanya; tidak mendatangkan apa-apa hasil; terbuang saja: ~ berbuat baik kpd orang yg tidak bertimbang rasa. membuang wang dgn ~. mensia-siakan, menyia-nyiakan 1 memandang sbg tidak berguna; mem­buang-buang dgn percuma; tidak mahu menggunakan sesuatu baik-baik: Saya tidak akan ~ nasihatmu itu. 2 tidak mempedulikan atau tidak mengendahkan; mengabaikan janji dll; mengecewakan harapan: Aku tidak akan ~ engkau apabila engkau menjadi isteriku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sia
Kata Terbitan : sia-sia, mensia-siakan,

Puisi
 

Kalau tak boleh mengkuang kutetak,
     Sia-sia mudik ke hulu;
Kalau tak boleh muda kuhendak,
     Sia-sia memujuk guru.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Alpa negeri alah,
     sia-sia hutang tumbuh.

Bermaksud :

Alpa dan lalai mengakibatkan bencana.

 

Lihat selanjutnya...(81)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Perjuangan sia-siaDewan Bahasa dan PustakaTiada1989983-62-1083-0
Perjuangan sia-siaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada19899836210830
Pengorbanan yang tidak sia-siaSurya RayaTiada1978 
Kayuhan Basikal Ceri 1 M'sia BBK 2013Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2013 
Program Pembinaan Bakat Tunas Remaja 1 M'sia 2013Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2013 
SankalakiriGabungan Persatuan Penulis Nasional M'siaTiada2003 
DharmawijayaGabungan Persatuan Penulis Nasional M'siaTiada1999983-99418-1-X
GAPENAGabungan Persatuan Penulis Nasional M'siaTiada1988 
Jejak kembaraGabungan Persatuan Penulis Nasional M'siaTiada1999983-99418-1-X
Rumah merdekaGabungan Persatuan Penulis Nasional M'siaTiada19989839941801
12

Kembali ke atas